teman

Saturday 30 April 2011

hai...night....
ermmmm....skung dah agak lewat malam...tp mata ni tak ngantuk lagi, tak tau lor kenapa...
lama tak update blog..hiihihih...tpi slalu 'sumbat' video yg di upload dr utube...hihiihhi...
sb kemalasan nak menaip..so jika aty dan perasaan mengalami masalah, so meluahkan melalui lagu yang diupload oleh saya..hihihihi..huuhuhuhu..
macam sastera la pulok..hikhihkihkihk....
*jika ada kawan yg baca blog aku ni akan busan kan..ermmm.sory tau...hihkihhik..
aku ni tak bape pandai dalam penyusunan kata2 ni...so ikut redahhh jewww...auwwww....lalallalala

All By Myself-Celine Dion

Saturday 23 April 2011

mood~bad..

dalam kepala ada banyak benda yg nak coret n share ngan kowang semua...
tp kepenatan+mengantuk..menbuatkan takda mood nak menaip..hiihhiihihhi....

Friday 22 April 2011

menu

malam ni menu ...tomyam+nasi putih+telur dadar+daging masak merah=nyumnyum....
hihihihii..
berat pun sedap gak...huhuhuhuuh...
tension tol..tak mkn ugi lak..camana nak diet ni????

Thursday 21 April 2011

wondergurll!!

memudahkan rezeki!!

assalamualaikum....
surah untuk diamalkan bagi rezeki kita dimurahkan olehNYA...
~surah alam nasrah~..amalkan lima kali diwaktu pagi dan lima kali diwaktu petang...
insyaalah....mudah-mudahan dimakbulkan..amin!!

Wednesday 20 April 2011

what up...what up..!!!..haii...ap cer ary ni...
perjalanan idup ary ni ok tak??any prob...
ermmm...aq!!!..ada la..sakit bsikit hati hari ni..nak tau k??ermmm..ary ni g pjbt pendaftaran ,coz nak wat kad pengenalan baru....sakit aty ngan pekerja kat situ...tension tol lau berurusan ngan pekerja kerajaan ni...ummmmmmmmmm....dan yang pasti pic utk i/c aq pasti huduh!!!!!auwwwwww....no!!!shit!!!...

ary ni kat opis..sedih dgr ceter mandy..ermmm...nak wat mcm mana kan biasa lor adat org bercinta..mesti ada pahit n manis..lau manis semua tak da la rasa pahitnyeee....apa2 pun too mady..~be strong ok~....
hope u happy n cheerful....^_^

Wahai Sahabat, Janganlah Bersedih!

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Pelindung Vs Perosak

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

Tuesday 19 April 2011

amaran!!...hiihihihih

hai..salam..hello...
kepada kawan2 yang ada baca blog saya ni..(hihihi..mcm ada j org nak baca)..
ermmmmmmm..sorry k..blog saya ni ..dibuat hanya..untuk menghiburkan aty saya, menghilangkan busan..dan meluahkan perasaan..
sebab ap??nak tau k??dalam dunia ni..takda sapew kita leh percaya..melainkan dry kita...itu pendapat saya lor...but to u all..up to u lorr..dunt i care...coz human ni lain org lain pendapat..tol tak???setuju atau tak..itu hak masing2..hiihihih...
sb tu any prob..saya suke mencoret..sb komp..hanya mengeluarkan ap yg kita coret...dye tak komen..dye tak kan jd paparazi...
coz saya spesis !!!..sesetengah masalah tak bleh berkongsi ngan org lain...sb saya tak percaya kan org...sorry yekk...tp jika org lain berkongsi any prob  ngan saya..sy akan simpannya..dan pas mendengar prob tersebut sy tak save kat kepala...sb melupakan masalah org lebih baik dari menyimpan...



~ermmm..jika ada sapew2 tebaca blog saya..jgn anggap saya mengedik atau mengada coz wat statement mcm ni yekkkk!!!hihihiihihihihi...
kalo tak suke baca..~pejam mata~..hikhihkihkihkh..

hujung bulan 5@@#$%$%@@@@@

buzzzzzzzzzzzzzzzz.............
ermmmmmmm..konvo..maknanye setaun dah abis blajo...mcm sekejap jeww!!!!!...
mcm mn nak jumpa ngan dyeorg ni..mesti dye org dah keje best,,gaji beso..huhuuhuh...
mcm mn ni nak g k takyah...50%-50%..huuhuhu..
tapi dah janji ngan bum,aris,baby,shot,azy,aja...bln 5 akan ketemu kembali...reunion dah ditetapkan...ermmmmmmmmm...ohhhhhhhh..tidakkkkk...

kelakar...(*_*)....

funny????
tak langsung....please lor...wat ayat tak bleh bla...tapi nak jaga aty gelak jlah..wat sakit aty ada lor...
ko ingat ko tu bagus sangat k????
nak komen tang dry org mcm kenal aq sejak kecik ag..ko bla lor!!!!!!!!...
kang aku bakar kang ko jadi itam...lalallalala..dah ko itam..hikhihkihk..
suke 2 komen dry org...biar lor muke aku tak cantik...!!!!..ko ingt muke ko tu cantik sangat k???bergerutu!!!!!!!..geram ni!!!!!!!!!!

Monday 4 April 2011

mood:murung!!!!!!!!!

hari ini perasaan busan menyelubungi diri..bnak wat teje pun takda mood..nak ckpo ngan kwn opis pun takda mood..knp???aq sendiri pun tak tau..pelik tak??pelik bt ajaib kan???uhuhuhuhu...
but after lunch...dah ok..mcm dah ada semangat sikit..tp ngantuk pulok..hahahah..sib baik "mr big boss" takda...ngehngehngeh...
tp tak semestinye boss takda ku mengulor..takda ..aq ni mesti siapkan keje jugak tau...huuhuhu..puji dry sendry la konon..auwwwwww...nak suh kowang puji aduhhhhh..puas lah aq tgu..hkhikhihkihkhihk.........
tp aq bg tau btol..walaupun aq ngulor..keje semua aq siapkan dlu..tau..hihiihih...ok2..balik ceter td...pas siapkan semua kerja..tgok2 j jam..uit dah kol 5..hiihhi..time balik..hahah..suke2...hiihhi....

Sunday 3 April 2011

kekanda adinda

sehari bersama kwn!!!...'bum' & 'aja'

huuh...semangat tau..nak mencoret citer....mingu ni bertukar angin ke kuantan...(temerloh-- - - > kuantan)...
melepak bersama
aja: ngan ko paling lama tak jumpa, last jumpa pun time konvo arytu..huhuhu..lama kan..tak sangka..tak janji pun..last2..dapat gak jumpa ko..hiihihhi...mekaseh yek ko belanja makan malam..hihihii(kenyang perut aq..tau...hihihi)..

bum: hihihihi...dpt gak minggu ni jumpa ko..tp baby tu sakit aty aq,org kata nak naik kuantan ,dye g balik pekan lak..ermmmmmmm...apa2 pun thanqsss a lot bg perkhidmatan, penginapan dan transport secara percuma...hihiihihhi...

aktiviti: memang best tau..tp ada satu tempat tu aq malu..huhuuhuhhu...malu sangat tau..