teman

Monday 24 December 2012

Air melimpah diKuantan

Sekarang banyak gambar-gambar  banjir disekitar kauntan.

Melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh rakan-rakan di facebook, Bandar kauntan sekarang mengalami banjir yang agak teruk jugak.

Melalui sember yang tidak diketahui,tetapi boleh dipercayai..







Melalui sumber yang tak dikenali, dan Info yang saya sendiri tak pasti, Tetapi boleh langkah-langkah berjaga-jaga atau persediaan:

‎Bekemungkinan seluruh kuantan bekalan  elektrik ditutup, Ini kerana keadaan banjir  yang teruk dan Gebeng yang tengelam!....



Sunday 23 December 2012

Terkilan tapi puas hati

OK!..

Hari nak cerita sempoi je,
Hari ni tengok wayang ngan adik-adik aku, semua sekali 5 orang termasuk aku!..

syokk la jugak!..ihihiihi
mula-mula sebelum pergi aku dah usha tiket,time tu dah pukul 12.30!..Aku lol punya idea  ,gedik-gedik  on9 "gsc" pastu tengok ada cerita apa hari ni, tengok-tengok, eh!!! ad cerita "CZ12" filem arahan Jackie chan!..hihiihhi.

CZ12!!!

Sebab sebelum ni aku tengok iklan cerita ni macam best je,
 Aku pun tengok masa yang tedekat,  oooo..pukul 2.30 ptg ada cerita tu kat wayang,
 aku cakap kat adik-adik aku,Nak ikut tak pergi tengok wayang???
 semua setuju, ok!...

let's go!...Siap-siap !!..

Time ni semua lari rebut tandas,!..hahahahha
ok siap solat !, gerak ke starmall mentakab!...

Sampai kat starmall kol 1.55.pm, Aku tanya adik-adik aku, Ada lagi ke tiket????, Sebabnya datang pun dah lewat kan..

Sampai je kat kaunter tu tanya:

Aku: Dik,ada lagi tak tiket untuk CZ12??
pekerja: Dah habis!..
Aku:aloooooooooooo, selain pukul 2.30 pm,ada lagi tak ??
pekerja: Ada pukul 5.00 pm, Tapi ada 4 je kosong.
Aku: Lollllllllllll!!...

bincang punya bincang dengan adik-adik aku, masing-masing cakap tengok cerita lain lol, Adik aku yang No 4 tu ajak tengok cerita the hobbit!!..

The Hobbit


Ok, semua setuju..



Pergi balik kat kaunter

Aku : Adik tiket untuk cerita the hobbit ada pukul  berapa.
Pekerja 2 : Kol 2.05 pm, Tapi bahagian depan jelah ada kosong,belakang semua penuh!..
Aku : Grrrrrrrrrrrrrr!..mmmmmmmmmmmm...aishhhhhhhh!..(mengeluh !) ok! la adik,nak 5 !..


Macam tulol ceritanya,cerita the hobbit tu best jugak , Ada kelakar + sedih!..:(

Tapi masih terkilan, sebab CZ12 ,tak boleh tengok!..mmmmm!...(maybe 25,12,2012)!...

hahahhahah,pada awal penulisan,kata nak tulis sempoi je,tapi panjang ya rabbi!..hahahahhaha..

Friday 21 December 2012

Aku yang takut..yang takut semua ini!


(Kerna aku tak mampu, tak mampu, nak hadapinya,)


Aku dioffer keje oleh, adik ipar boss aku yang sebelum ini bekerja yang sama company ngan aku ..Pastu abg ipar dia offer dia utk bukak company yang kecik,.....tapi taknak cari orang lain,sibuk nak suh aku keje ngan dia!...Siap mintak ngan abg ipar dia tu, Abg ipar dia tu kata ok!!...aku tak suka bekerja bawah dia !!..,ok nama dia Mr lee liang (tgok muka dia je,geram nak tinju!) huahuahauahauhauahua!!..

 Mr lee liang tu,perangai dia mcm budak kecik!,kalo wat keputusan semua tak tetap selalu berubah-rubah,pastu suka mengesa org,pastu suka membebel,pastu suka ckp laju2 sampai aku tak faham!!!...pastu suka arah itu ini!....

macam mana ni!???..aku nak nagis dah!....Tiap2 hari aku duk pikir!...sampai dah tak larat nak pikir!!...

Knp mesti aku?????...(wahai telinga Mr lee liang,dgr la suara jeritan nyaring dari aku ini!!)

Boss aku pun senang2 je kata ok!..bahkan tanpa mintak persetujuan daripada aku!...macam mana ni????...Aku wat bodo je,aku nk dgr dr mulut boss aku sendiri!...

Pastu, yang aku sakit hati...

jikalau aku terima job tu!...aku dah keje dgn company lain,tapi kan yang aku jd sakit hati dan musykil,keje aku skung ni !!..aku kena wat jugak!...brp byk keje aku kena wat!...kess ni nak buli aku k!!..mmmmmmmmmmmmm...sedih aku!!..dah tak tahan dah!.
!!!!!!!.(bekerut-kerut muka nak tahan nagis,dah panas dah bawah mata ni!...)!!!....


weeeeeeeee..
kalau takda orang cari,padan muka!..ahahhahah

!

Tuesday 18 December 2012

Antara Sebab doa tak dimakbulkan



Kenapa Banyak hamba Allah doanya ditolak dan tidak dimakbulkan?????, Apa penyebabnya????, Kenapa perkara ini terjadi???



1. Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.


2. Engkau membaca kitab Allah, tetapi tidak mengamalkan isinya.

3. Engkau mengaku memusuhi Iblis, tetapi suka mengikuti jejaknya.

4. Engkau mengaku mencintai Rasulullah, tetapi suka meninggalkan sunnahnya.

5. Engkau ingin masuk surga, tetapi tidak pernah melakukan pebuatan yang membawa ke situ.

6. Engkau tidak mau ke neraka, tetapi selalu berbuat pekerjaan yang mengarah ke sana.

7. Engkau mengaku bahwa kematian itu hak, tetapi tidak pernah bersiap menghadapinya.

8. Engkau selalu asyik meneliti aib orang lain, tetapi melupakan aib sendiri.

9. Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak pernah mensyukuri-Nya.

10. Engkau sering mengantar jenazah ke kubur, tetapi tidak pernah menyadari bahwa engkau pun akan mengalami hal itu.



Syekh Ibrahim bin Adham seorang sufi termasyhu #

Sunday 16 December 2012

hati-hati dengan jari!..awas!!


 janganlah kita suka menuding jari kepada orang lain, kerana sifat menuding jari kepada orang lain ini tidak mendatangkan manfaat untuk diri kita ataupun orang lainPerlu ingat,jika satu jari kita kearah orang lain,empat lagi jari kita menunjukkan ke arah kita.."renung-renungkan"

Sikap ini sebenarnya mencerminkan diri kita sendiri, kita umpama menuding jari kepada diri sendiri. Pernahkah korang terfikir apakah tindakan kita? Dengan hanya menunding kepada sesuatu permasalahan, masalah itu akan selesai jika tiada tindakan dari kita, dengan menyalahkan seseorang, masalah juga tidak akan selesai. Yang pentingnya ialah tindakan kita, itu yang pasti.
Wallahu 'alam

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:

"Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Daripada hadis diatas Imam Nawawi menerangkan bahawa ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Daripada hadis ini serta penerangan hadis tadi, jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kita tidak digalakkan bersikap suka menyalahkan orang lain tambahan lagi dengan adanya rasa bangga pada diri kita sendiri. Mungkin ada dikalangan kita yang berasa bangga apabila menuding kepada pekara-perkara yang tidak pernah kita lakukan. Maka mari kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri, dia atau kita sebenarnya bermasalah. Mungkin dia bermasalah dari segi luaran sahaja tetapi kita bermasalah dari segi dalaman. Siapa yang lebih besar masalahnya?

Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Wallahu 'alam


# Dari sumber .D.M #

Saturday 15 December 2012

Menyedihkan + kalau orang dah tak sudi

Beberapa hari lepas aku dikejutkan  dengan berita yang agak menyedihkan..

Suami akak kat tempat kerja aku,dikhabarkan kesihatan yang tak stabil dan doc mengesahkan jangka hayat hidup tak lama, Akak ni jenis periang!..Dalam keadaan macam tu pun dia boleh begurau dan tesenyum,itu apa kita nampak kat luaran  la,tapi dalam hati dia,sangat sedih. Bila dia cerita dekat aku keadaan suami dia,dia dah menagis teresak-esak.Dan aku bila dah orang menagis aku menagis lak jugak,sedih seh!....

Apa-apa pun semoga kak za dan sekeluarga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan....Dan ajal maut semua dah ditetapkan.
insyallah!..selagi masih mampu berusaha untuk melawan penyakit tu,insyallah!..

...................................................................................................................................................................
14-12-2012  (11.54pm)

Seseorang yang asalnya aku tak mengenali,tapi tiba-tiba add aku sebagai kawan  dia kat fb!..
Aku approve pun sebab mutual friends dia ada sorang kawan aku,dan bila tengok profile dia .oooo..satu tempat study kat politeknik dulu!..tengok pic,ooooooo..sama sekali tak kenal..hahhha...
so abaikan jelah,mungkin dia add nak tambah kwn jelah tu kot!..uhuhuhuhu..skung ni kan ad orang nak lumba2 siapa yang paling ramai friends list..hikhihkhihhk

Rupanya jangkaan aku menyimpang setelah beberapa minit dia chat aku!..
Dia tanya aku dulu kelas apa,pastu dia tanya kenal tak gurl nama tutttttttt!..oooooo..aku pun lurus bendul pun cakap,kenal lol,tapi tak la rapat sangat, sekadar kawan sekelas sahaja. Aku naik tension gak la, Tanya aku pasal gurl tu, Pastu aku nak sure aku tanya  dia,kenapa awk ni "boyfrriends" dia ke???, Rupanya mereka baru putus hubungan, Dan si gurl tu pulak yang buat hal dan gurl tu yang tiba-tiba memutuskan hubungan. Dan si jejaka kini, kecewa tahap gaban dan mengalami tekanan yang sangat tinggi!..huhhhhhhhh..kesian jugak!..Si jejaka ni skait hati sebab si gurl tu taknak jawab call dia dan taknak jumpa dia, Sebab si jejaka ni nak tau kenapa tiba-tiba buat keputusan macam tu,sedangkan kedua-dua belah pihak dah jumpa ibu bapa masing-masing, (aku fikir,kalau dah jumpa mak ayah ni,hubungan memang dah serius)..

Si jejaka ni merayu kat aku suruh aku pujuk gurl tu, Tapi aku bekeras taknak tolong, Aku rasa tak sesuai untuk aku nak melibatkan diri dalam kes macam ni, Nanti apa gurl tu cakap pulak,Kenapa aku masuk campur,dan nanti mesti dia fikir,macam mana aku leh tau cerita dia ni dan kenal si jejaka tu!..mmmmmmmmm!..Aku ada mintak pendapat orang lain,dan semua mengatakan jangan masuk campur hal orang!..aku pun okey!..aku tak masuk campur!..

Tetapi kesian aku tengok si jejaka tu,sebab setahu aku kat Fb si gurl tu pic "boyriends " dia gambar orang lain..Dan ,adakah si gurl ni memainkan perasaan si jejaka ini!.atau menpergunakan si jejaka ini,seperti dikata kan sendiri oleh si jejaka ini!..Amat mengejutkan ,bila si jejaka ini mengatakan bahawa si gurl nak kahwin pada bulan tettt tahun depan!..huhhhhhh...sabo jelah!...

Setahu aku semasa zaman study dulu,si gurl ni menag ada perangan (kotor) sikit!,kotor tu biarlah sebagai ayat cover!,sebab aku sendiri tak sure,sebab itu pun dengar dari mulut ke mulut!, takot nanti jadi fitnah pulak!...

Aishhhhhh,sampai skung si jejaka tu mintak tolong dengan aku ,Siap merayu lagi yang tak tahan tu!...

Macam mana cara ,nak suruh dia lupakan gutl tu,??,Sebab gurl tu dah ada pilihan lain dah pun dan memang sure dia nak kahwin tahun depan,sebab gurl tu pun ada bagi tau aku!...

Aku dah cuba nasihatkan si jejaka tu,Tapi sebaliknya aku yang kena marah,sebab dia kata ingat senang ke nak lupakan orang yang dia sayang!..huhhhhhhh!..aku diam jelah!..

Skung ni,aku wat bodo jew!..malas nak layan!..selesaikan lah prob tu dengan sendiri,tak kuasa aku nak masuk campur hal"rumah tangga " orang,sebab tangga aku sendiri tak siap-siap pembinaannya!..hahahahahha

Kalau dah sayang! nak buat macam mana kan!...



Tuesday 11 December 2012

jgn suka ungkap pekataan "maaf"

trust me!..trust me!..
Bodah, Takkan aku nak percaya ko lagi, Silap la ko, beribu kali ko mintak maaf,beribu kali ko merayu ngan aku,
memang aku tak kan maafkan ko!...

Cukup sekali sahaja aku ditipu,

dan

tiada untuk yang ke dua!..

~fullstop!..

Sunday 9 December 2012

bodohnya aku

Mintak maaf ye!..
Aku sendiri yang rasa bersalah,aku sendiri yang rasa kejam.
aku ingat dengan mendiamkan diri,aku rasa aku boleh !,tapi sebaliknya...aku akan sunyi dan sepi

Tapi aku tau teman,
ko skung bahagia,dan aku tau hidup ko serba serbi lengkap, tapi aku????,belum ada yang sempurna, Aku meletakkan diri aku tak setaraf dengan ko teman, Aku rasa seperti ko gajah dan aku semut, Tapi takpa,Aku redha aku pasrah dengan ketentuan ilahi...!..

Aku diam, Aku menyepi bukan kerana benci sama kamu,Tapi aku sendiri malu...
Tapi aku tau, Ko tak pernah tau,sebab aku tak bagi tau!..hiihihihi...

Kalo dulu,engkau tempat aku muntahkan segalanya,Tapi skung "Si Bintang" yang akan jadi mangsa aku!..
Sebab aku tau, kesibukkan yang ko alami dan tetttttt!...khihkhihkihkhi..

Apa-apa pun,aku doakan ko berjaya dan bahagia....muahhhh..buat kamu!...

Tapi untuk teman baik ku:
Si Bintang..

terima kasih , sebab ko setia bersama aku semalam,ko sudi menadah apa yang aku cakap,dan yang paling penting ko setia mendegar apa yang aku cakap semalam!...Muahhhh tuk ko gak,bintang!...




Thursday 6 December 2012

tolong berlajar susun bahasa tu

Bahasa yang ko sampaikan kat aku tu,aku rasa agak kurang ajar!...

nak bergurau boleh,memang la,kalau tak bergurau tu hidup akan sunyi,tapi agak-agak la,boleh tak fikir secara rasional sebelum nak mengeluarkan sesuatu perktaan tu!..

Aku pun suka gak gurau,tapi berpada-pada lah ,ini,perghhhh!....keluar darah dari  telinga aku berapi rasanya bila dgr ayat ko tu...

Senak kepala bila fikirkan pasal benda yang remeh ni,lagi bertambah dosa bila keluar perkataan (negetif).Walhal aku dah nak berubah,taknak add angin kus-kus!..Sebab angin macam tu tak baik untuk kesihatan aku dan orang sekeliling aku!,sebab tu aku nak belajar S.A.B.A.R!..tapi ada je yang nak uji kesabaran aku tu!,....

Belum pasti dan jangan cepat melatah

Apa semua ni!..

Ada dasas-desus yang mengatakan, penyanyi yang tekenal dengan lagu "cinta muka buku" tu.
~najwa latif~ dikatakan anak derhaka,kenyataan ini dikeluarkansendiri dari ayahnya sendiri.!(daripada sumber,aku sendiri belum pasti).

Aku sebagai peminat,dan orang luar tidak ambik pusing menda macam ini,itu hak peribadi,Semua orang ada masalah ,tak semua manusia itu akan sempurna,tak kira la, selebriti atau pun orang awam!.Semua orang pasti akan melakukan kesilapan.
Tidak gemar aku untuk ambik pusing kes-kes macam ini,takut salah tafsir dan akan menyakitkan hati orang lain, dan tidak menyokong atau  menyalahkan mana-mana pihak!..stop!..

Apa-apa pun,to: najwa latif,



















sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan,perjalanan anda masih jauh dan mungkin lebih besar lagi dugaan yang akan datang!..gud luck 4 u future  and  spm !..


Wednesday 5 December 2012

~kenapa dengan tarikh ni: 04122012

Hari ni aku kerja "half day" petang  baru masuk office.

Pagi tu aku ada hal,Aku pergi hospital untuk menyiapkan sesuatu perkara yang bagi aku sangat penting.aku gerak dari rumah kol 8am,hantar akak aku kerja dulu,pastu kol 8.30 am  aku sampai hospital. Masuk-masuk je aku tengok orang dah ramai,aku ingat aku yang awal sekali,rupanya ad lagi yang awal dari aku.hahahhah...
Aku pergi hospital dengan ditemani oleh adik aku, almaklumlah ,berurusan dengan pihak hospital ni memang makan masa yang agak lama, so kalau ada orang teman takda lah bosan sangat. Tapi masalah pekerja-pekerja kat sana  semua muka tension,tak penah nak senyum,tapi bukan semua la,sesetengah!..
Kenapa?????tension sangat ke melayan pesakit ni!..aishhhh...nurse-nurse/doc-doc sekalian,takdanya kitaorang ni nak pergi hospital kalau tak sakitt,so tak payah la nak wat muka,kalau anda melayan pesakit macam ni,bertambah la sakit yang kami alami,kalau yang ada darah tinggi,bertambah-tambah la tingginya,kalau mak cik yang dah tua tu,sememangnya masalah pendengaran mereka akan alami,so tak payah la nak sneyum-senyum  kalau panggil makcik tu tak jawab-jawab!...tak baik sangat sikap macam tu,bukan aku nak berlagak aku ni baik!..
aishhhh!..susah nak cakap,kalau cakap kang,kata kita ni macam-macam,so tonton jelah!..tapi jangan follow!
Usai semua ,perut aku bunyi lagu rock n roll!...(lapar) la pulak...

Ok ,adik aku nak makan kfc,aku menpertimbangkan,fikir-fikir!.aku setuju jelah,sambil balas budi,sebab sudi teman aku kan!..hiihihihih...
Kat KFC ni la aku jumpa hamba Allah yang cantik!..serius memang cantik tapi luaran sahaja!...Dalam hati tu aku rasa bau longkang kalah!..mmmmmmm..apa dia buat,korang nak tau???.mmmmmmm..takpalah,malas nak cerita!..menjatuhkan aib orang lak!...biar jelah beliau!...

Siap makan ,aku nak pergi TELEKOM pulak,yang ni lagi satu prob!,aishhhhhhh,nak suruh sangat aku pergi sana,pastu nak sangat dengar aku marah-marah!..yelah,aku nak buat  aduan kerosakan..telefon rumah aku,dah sebulan rosak!,langsung takda tindak balas,asyik kita call-call buat report tetap takda tindakan!.memang geram,Ayah aku suruh aku pergi telekom!.,petang tu aku balik kerja dah ok!..haa.,settle pun!..

~APA  motif aku cerita semua perkara yang aku buat hari ni???

Aku sendiri takda jawapan,.mmm..haa..siap taip dan publish jelah!...:)

Thursday 29 November 2012

Muncung tu seksi k?


Assalamualikum..

Tengok  sahaja gambar ini,sambil fikir-fikirkan dan renung-renungkan..
Dan sebagai peringatan buat diri sendiri

ok!...

peace!...:)




gambar panduanislam.com ---> di FAcebook





Tuesday 27 November 2012

Cinta Yang satu

Assalamualikum..

Salam tulus dari hati ku sebagai pembuka bicaraku pada entry kali ini!..
waaaaaaa..ayat!..hikhihk

Bila semangat kurang,rajin lah mencari sesuatu kata-kata atau perkataan sebagai  pemulih semangat yang runtuhh!..(mcm bangunan lak,ad runtuh,hiihihi)
Selepas kena maki kaw..kaw ngan manusia tak berhati perut tu.. Runtuh hati ku,bederai air mataku!..Kenapa suka sangat nak cakap orang sesuka hati macam tu.."mak ayah aku tak penah wat macam tu"!...

Adakalanya,dan seketikanya aku perlu duduk sendirian bagi mentenangkan hati aku,yang kadang kala bercelaru + kusut otak..Duduk bertafakur dan berzikir kepadaNYA ,hati jadi tenang!.Alhamdillilah!..Duduk merenung ke langit melihat bintang - bintang yang bertaburan di angkasa dan cahaya dari bulan!..wowwww..sangat tenang dan indah!...tersenyum sendirian!..
Dan bila difikirkan tentang diri sandiri,hala tuju hidup dan mengimbau kembali dosa-dosa lalu yang belum diampuni sangat menyedihkan dan segera berdoa agar diampunkan segala dosa dan diberi peluang untuk menperbaiki kesilapan.,Sebab aku rasa berlajar dari kesilapan itu mematangkan diri aku.

Penat lelah aku dalm mencari cinta,Cinta yang satu,dan Cinta itu akn setia kepadaNYA..cintaku Pada ALLAH..:)

#semoga kesabaran,akan mendapat hadiah yang bernilai,amin!#

Wednesday 21 November 2012

gila perasan !.

Sekian lamanya aku bertapa di gua yang aku sendiri pun tak pasti dimana dan apa namanya..Menyebakan Entry aku sunyi tanpa bicara...hahaahha, Berada digua yang gelap dan tiada line stremix menyebabkan hidup aku dan otak aku kosong..kosong dan kosong..hahahah.

ok..ok..ok..lupakan tentang kisah aku bertapa tu.
Sekarang ni kan aku susah nak fahamkan orang yang susah nak difahamkan.Bila dan apa yang aku cakap bila sampai ke dia pasti salah taksir!..Ini menyebabkan perkara itu menjadi kacau bilau dan memeningkan akal fikiran aku.dan otak jadi serabut huhhhh....

Jika Perasan bagus jugak susah dalam suatu hubungan, Selalu dia je yang perfect!..
Suka buat andai dan suka suki buat keputusan..


Friday 16 November 2012

selangkah kehadapan,pasti berubah!

Assalamualikum

Salam jumaat dan cuaca pagi yang baik!.alhamdullilah,..

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam maal hijrah...dan aku harap agar adanya lembaran baru untuk tahun baru dan aku mengharapkan sesuatu yang baru untuk diri aku..insyaalah!....
Dengan doa + usaha dan tawakal..insyaalah!...aku taknak putus asa..aku nak bertahan!..:)

Dan sekarang aku berjaya melangkah dengan selangkah!...
dan kuharap kaki aku akan berjaya melangkah seribu langkah!..:)..

~insyaallah!..peace!


Wednesday 7 November 2012

Musim hujan

Assalamualikum..

Sekarang Musim hujan kan...Kat area tempat kediaman aku,kalau petang je mesti hujan...
Kalau aku balik dari kerja,mesti aku teserempak dengan budak sekolah,sekarang kan diorang tengah periksaSPM ,kesian tengok Diorang basah-basah...

Kepada adik-adik yang menghadapi SPM tu,kalau dah tau sekarang musim hujan,bawa lah payung,kesihatan kowang perlu jaga gak,kalau demam ,selesema,batuk kan tak selesa nak jawab periksa..
Banyakkan minum air suam..

take care u olls..:)

Magic!!!!...
Aku sangat mengharapkan, ada "magic" yang tejadi kat diri aku..>_<..
Tamak kan aku...Mintak entah apa-apa...

hahahahhahahaha....

Monday 5 November 2012

Kolagen mentah Asli--->kulit licin!

Siapa nak cantik angkat tanggan..ahhahahah..

Aku baru je cuba ,kowang bila lagi!...:)
Sebenarnya Kolagen ni dah lama aku nampak,Tapi keyakinan untuk membelinya yang takda,sebab takut kan...Dan bila ada kawan aku yang promote dan dia pun mengamalkannya..aku pun try la...

~moga saya bejaya miliki kulit yang diidamkan..:)
















-KOLAGEN MENTAH ASLI-

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.
KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.


Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 danantioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:

-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)
KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.


CARA PENYEDIAAN:

Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5 liter air selama 15-20 minit. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan


P/s:bukan promote yek..sekadar bekongsi hiihih..tapi kalo nak boleh je..ahhahhah

Sunday 4 November 2012

Patah seribu

waaaaaaa....pagi-pagi dah tak sabar nah buat entry..
Semangat hari ni..hiihih

Aku happy giler,walaupun kami sudah tidak ada apa-apa hubungan,tapi dia masih memerhati aku,masih ambik berat tentang aku...giler siyes gembira..hahahhaha

Walaupun aku tau dalam diam dia masih memerhatikan aku,melalui sumber yang boleh dipercayai,tapi aku tidak meletakkan apa-apa harapan..
Aku jugak perasan,dia akan guna laman sosial dia "FB" yang ke-2,(nama aku taktau,tapi sumber boleh dipercayai bagi tau) untuk skodeng aku...Dan aku juga perasan,dia akan like status aku!....
tesenyum seketika...
.Tapi hanya sementara,dan aku kena sedar bahawa jangan meletakkan sebarang harapan yang tinggi!...hauhauahauahau!...

Patah seribu la sangat,itu dulu..
sekarang,semangat sanagat!..ahhahahahha.
Jangan ulangi menda yang pernah tejadi!..:)----->yesss!


Saturday 3 November 2012

Tamak ke aku??


 Assalamualaikum......

Tamak..
Tak perlu aku nak menghuraikan apa erti tamak kat korang semua,sebab aku pasti semua orang tau kan,Nanti kalau aku mengarut panjang-panjang nanti,kowang bosan pulak..hiihihih

Bukan semua yang kita impikan,harapkan dan idamkan semua akan dapat,semua akan digemgam...
Sangat salah,salah jika difikir sedemikian,Kita kena ingat,pejalanan hidup kita telah diaturkan..So aku kena belajar bersyukur dengan apa yang ada dan aku juga perlu belajar untuk menghargai dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan..insyaalah!...

Dan dengan keghairahan dalam mengejar apa yang dihadapan kadang-kala menyebakan aku akan alpa dan melupakan diri!,Dan kadang-kala jugak,menda yang digemgam juga,boleh buat kita "tertingal"!...,oleh itu perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara...insyallah!...

its me!....(selalu alpa dan kadang-kadang lalai)

Biasa lah manusia ni,bila apa yang ada depan mata selalu tak cukup,mesti ank cari lebih,

~Bimbingan yang kuharapkan!...

*Badan aku penuh dengan bintik-bintik merah..kenapa yek???adeh!...



  

Monday 29 October 2012

WOW!..Tranformasi

                                                           Assalamualaikum

hiihihhiihihi....
Ada nampak perubahan tak???
mmmmm,yang baru kunjung blog ni,memang tak perasan,yang selalu tinjau,pasti perasan,kalau dulu comot,skung ni ok la..hahahha.(perasan je lah aku ni,macam la ada yang nak baca blog aku ni!!..)..ok..ok..takpa-takpa,kalo takda yang kunjung,takdalahlah follower aku bertambah kan..kan..kan..hahahahhaha...

Ok..aku ambik masa selama 4 hari la gak,nak setting menda-menda ni,sampai tido kol 3 pagi pun ada,Sebab salah settng,meyebabkan semua tempalte bertindih,memang time tu sakit pale aku dibuatnya..kalau mata takyah cakap la,lagi sakit..Sakit nak tengok,blog yang compang - compeng ni!!..Tapi sekarang ok la sikit,cuma nak tkar background ni,tapi tak boleh la!..Masalah betul..yang ni dah banyak kali try!..tapi error!...

Ada sapa-sapa boleh bantu saya tak??/anyone!...

Bantulah aku untuk background ni!....hiihihihihi...

Thursday 25 October 2012

Apasal Ayam kena DEnggi!..bahaya ni!

                                                            Assalamualikum

Malam raya!..

GIG,huhuhuhu...penat kan,tapi best!...hihiihhi
aku baru selesai bakar lemang,buat rendang ayam,kuah kacang,dan kek chocolate moist!..hihihihihi

hihihiihi..

ecehhhh,ayat bakar lemang,macam la aku yang bakar,walhal duk tepi tengok je!,..ahhahahhaha..
Tapi kek tu aku wat,sodap!...siap ad topping lagi!..ahhahaha
so cute!..(eleh puji sendiri,rasa sedap!...:))

Ok..ok..ok.sempena menyambut "Hari raya Korban -26.10.2012(esok,jumaat)..aku nak ucapkan kepada semua,selamat hari raya aidiladha!...


dan..


Aku pelik dengan binatang-binatang semua ni!!!!...macam-maca kes!!..


Ada:_

Lembu nangis tak behenti-henti,
Kambing pulak sorok diri,
Unta boleh buat-buat mati,
Ayam pura-pura  kene denggi,

Apasal lak binatang ni semua??

Patut la jumaat ni dah Raya Haji
~Selamat Hari Raya Aidiladha~








hahahahahahah!.....:)

Wednesday 24 October 2012

suami menampar isteri,depan orang ramai

                                                                  Assalamualaikum


Besaksikan kedua-dua belah mata aku,aku melihat si isteri ditampar oleh si suami..
ok..ok..jangan terus besikap dingin dulu,jom baca sampai habis,..

Kisahnya macam ni,
kejadian ini belaku,semalam 24.10.2012 ,dalam pukul  8.45 pm di  TF,mentakab,masa tu aku dan kakak aku tunggu kereta keluar dari parking,sebab parking tu aku nak ambik,!.sambil menunggu kelambatan kereta  "myvi" tu keluar dari parking,mata ni sibuk melilau atau usha2 pakwe..hahahah..(takda main-main je)..sambil mata ni sibuk melihat telatah manusia ..hihiihihi..
Tiba-tiba telihat sekumpulan family ni,si suami sibuk menolak troli,dan sebelah lagi dukung anaknya,si isteri sibuk menyuapkan maknan ke mulut,
Entah macam mana,si suami nak bagi anak yang didukung tu kepada si isteri ,si isteri tak sempat nak sambut ,lepastu anak dia boleh jatuh...uishhhhh...dasyat!....

sangat kesian kat si anak kecil yang berumur (antara 1 tahun atau 2 tahun) lelaki!..
Dengan spontan lelaki tu tekejut terus tampar si isteri tu!....    


~Dalam keadaan seperti ni,suami tak boleh la macam tu, dan dalam keadaan macam ni,kedua-dua pun salah gak!                  

Semalam memedihkan,Hari ini menyakitkan,Esok menghapuskan



                                                               Assalamualaikum

Hai u all!...
Hari ini betarikhkan 24.10.2012 (hari kerputeraan Sultan Pahang)..


OK!!..kalau macam tu semua orang cuti kan..kan..kan..kan...Tapi kenapa aku ada kat office yek!...
aishhhhhhhhhhhhhh...

kenapa perlu terjadi sedemikian!..hahahha....(biarlah rahsia)...ihihi

semalam, hari ini, dan esok!...3 hari...(bukan kahwin 3 hari ok!..)..aku dah tgok citer tu,sedih la jugak,tapi jalan cerita biasa-biasa jeww!....

Semalam satu pejalanan yang ku lalui sangat getir,susah,dan amat memenatkan...kepayahan itu tepaksa ditanggung sendiri ,berdiri atas kaki sendiri dan betangung jawab sendiri!...

Hari ini, hari yang masih tengiang-giang  di telinga aku dan masih bermain di otak aku!..masih aku ingat semua nya..amat susah untuk nyah kan dari kepala kotak fikiran aku ni!...shhhhhhhhhhh!...tolong la jangan melekat kat kotak fikiran aku ni!...membuatkan aku kusut..dan seperti nak menagis..
tipu la aku kalau aku cakap aku tak mengahrap,  Tapi aku snagat-sangat mengharapkan agar hati aku melupakannya terus!..dah taknak ingat,sebba aku tau aku takkan dapat menperolehinya!..
sangat yakin!..

Dan

Esok, Aku berdoa agar esok aku dapat mengorak langkah dengan sebaik-baiknya dan tidak tekebil-kebil melangkah seperti hari ini ,Dan sangat mengharap esok adalah hari yang terbaik..insyaalah!..


selamat berpuasa!..





     

Nyah ko jauh-jauh!

                                                                Assalamualaikum

Masalah kegatalan!..

Masalah kegatalan yang dihidapi oleh penduduk Asia ni memang banyak jenis!...

Antaranya ialah,kegatalan dari gigitan serangga atau pun kegatalan dari spesis lelaki yang gatal!...huhhhhh..Menyeramkan kan..tapi tak semua macam tu,sesetangah je,yang menbuatkan aku takot..grrrrrrrrr..tepaksa block ko dan nyah ko dari friend list aku!...byeeeeeeeee!.....:) ngehneghneghnegh!..

Yelah ayat dah la entah apa-apa,bila tak reply nak maki hamun aku lak,poyo je!..ok..untuk pengetahuan semua!..bukan aku nak menyombong atau pun nak belagak!..spesis atau pun habit aku,bila aku tak suka atau dah menyampah tahap dewa aku akan buang terus!..kan senang tak yah ank semka kepala dan tak menyakitkan mata aku nak baca dan tak menaikkan tekanan darah aku!..huhhhhhhhh ..aku tau bila ada yang baca entry ni,mesti ada yang tak suka nagn ayat aku kan!...tapi itu hak korang!..:)

Aku sekadar menulis apa yang aku rasa dari otak dah hati aku,dan jari aku memainkan peranan penting dengan menaip pada keyboard ni!..:)

Wednesday 17 October 2012

Akhirnya

                                                            Assalamualikum..

Alhamdullilah..berminggu-minggu aku tunggu,akhirnya..akhirnya...dapat jua!..

Amat bersyukur,dan azam yang tinggi aku nak usaha betul-betul,dan taknak main-main macam sebelum ni!..aku harap ini rezeki aku!..

Terima Kasih YA ALLAH!.

Tuesday 16 October 2012

solat adalah tiang agama

                                                                          Assalamualikum

hari ni aku nak share menda yang aku baca kat blog "portal mukmin".

sekadar share dengan korang dan peringatan untuk diri aku sendiri!..

aku suka susunan dan penerangan ayat-ayatnya!..

Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda, 

"Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan

Kelima-lima perkara diatas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadith ini, Nabi SAW mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah, sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain. Tanpa tiang tengah khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Nabi SAW yang tersebut, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.






Monday 15 October 2012

Air mata + Air hujan!..

                                                                   Assalamualikum


alloooooo...
~peace....hihihihi..

Nak pinjam bahu boleh,nak menagis sekejap!...

Bila cuaca buruk,hitam,nak hujan..sama je macam muka aku yang buruk bila mata bengkak..Tapi kalau dulu aku akan menagis dalam hujan,itu untuk orang tak tau bahawa aku menagis dan  berselindung di sebalik hujan...Masa tu sangat beterima kasih banyak-banyak pada rahmat Allah (hujan)!..



Teringat kisah dulu-dulu,masa zaman remaja

Dulu aku akan ajak kawan untuk teman duk dalam hujan,ini kisah dulu-dulu,sekarang ni dah takdah..kami pun dah lama tak jumpa,sebab dia sekarang pun sibuk dengan hidup dia!...
Apa-apa pun moga dia happy dengan hidup dia sekarang!..
kita akan jadi kawan selamanya,walaupun jarak memisahkan kita,dan salah faham yang menceraikan kita!.

i lup u!...

Bila salah faham menghantui hubungan kita,wahai kawan,kita memilih untuk mendiamkan diri dan bawa hala tuju masing-masing,Dan aku harap suatu hari nanti kita akan betemu,dan masa itu,kita akan lupa ingatan!..
(untuk melupai masalah itu).!!..






Saturday 13 October 2012

tolong curi hati saya..:)



Sila ambil perhatian..:)

hahahhaha..

Dan sila abaikan jika tidak berkaitan....







itu pun kalu kamu mengerti dan..







silafahami bait-bait lagoo ini!..

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu