teman

Wednesday 25 December 2013

Selamat ulang tahun kakak - ku."Angah"

Selamat ulang tahun kelahiran buat kakak ku yang disayanggi.(26.12.2013).muah..muahhhh...bagi aku kau lah kakak dan kau lah abang, Sebab bagi aku kau lagi matang dan bertanggungjawab dari abnag kita..asihhhh..hahahahhah...Nampak disitu aku sangat beterus terang..Walaupun aku rasa engkau lah yang paling garang, dan engkaulah yang selalu buat aku sakit hati buat aku rasa geram, tapi aku akui aku sayang kau...sebab kau kakak aku..walaupun kita suka bergaduh  dan pada akhirnya aku yang mengalah, aku tau ko memang ego!!!!..hahahahahah...Tapi kita suka "sharing and carring"...semua benda kita share...kan..kan..dari masalah besar ke masalah kecil..emoga pada usia menginjak 28 tahun ni kau akan berjaya dalam bisnes woman on9..aminnn..ku tumpang senang..hahhahaha





Tuesday 24 December 2013

hadiah saya di hari . Xma..

kepada yang menyambut hari krismas..Selamat menyambut eeeeek...nak hadaiah??hahahahah

Okey, Alkisahnya aku sekarang bukan berada di rumah dan beradu diatas tilam sambil kepala beralaskan bantal bucuk saya .bukan..bukan...bukan...Tetapi Aku berada ditempat yang tak sepatutnya aku berada...OFFICE!!!!...arghhhhhhh.%$#$$#%$..Tak sepatutnya ku berada disini...Hari ini 25.12.2013 cuti umum kan..
Oleh kerana boss aku mengumumkan, bahawasanya pada 25.12.2013 adalah hari bekerja untuk pekerjanya..aku rasa macam nak bagi hadiah penumbuk padu !!..yang aku rasa orang lain tak pernah rasa..waaaaa..nampak kejamnya aku disitu!!...
Dan , bila aku rasa takda mood nak kerja, aku tidak akan menyentuh pun kerja kerja aku (makan gaji buta)...hahhahahahaha

----> semalam try letak stoking, kot kot bangun pagi dapat hadiah!...hahahahahhaha

Wednesday 18 December 2013

Benda yang aku nak sangat, dan tak kan dapat..Sekian

Kalau Dulu lepas diploma, semangat yang sangat tinggi untuk sambung study, Tapi sekarang bila ditimbang-timbang dan dipikirkan semula, Aku rasa semangat tu dah hilang...

Sebelum ni ada gak aku terfikir,Dan  Bila dah habis fikir aku rasa aku memang dah tak boleh, bukan tak suka berlajar dan bukan tak berminat tetapi memandangkan ekonomi skung aku rasa aku perlukan kubur niat tu...Huhuhuhuhu...Sebab aku dah tak mampu nak buat hutang dengan keadaan ekonomi yang menjunam ni..huahuahauhauhauhauhau...

Kawan aku ada text aku ajak join dia sambung study..Sorry beb!..Aku ..aku...aku..(biarlah rahsia)...




Gusar!!

Mimpi buruk apakah ini..

huhuhuhu...

Perkara lepas jangan Dikenang..
Yang dah Lepas jangan disimpan perlu dibuang jauh-jauh..
Yang Menyakitkan hati tanam terus-terus, jangan digali lagi..


Thursday 21 November 2013

jom Shoping "ROMPERS"


ETA MID MAY 5 SET RM 100 FREE POSTAGE


UKURAN:


saiz / dada / labuh



6m / 19cm / 43.5cm

9m / 19.5cm / 47cm
12m / 19.5cm / 48cm
18m / 20.5cm / 49.5cm
24m / 24cm / 52cm



CODE: J02
READY STOCK

SIZE:
6m - available
24m- available
Price: RM 24.00


...............................................................................................................................................................


CODE: J03
READY STOCK

SIZE:
6m - available


..................................................................................................................................................................


CODE: J05

READY STOCK

SIZE:
24m - Avaialble

...............................................................................................................................................................

CODE: J06
READY STOCK

SIZE:

24m - available

Price: RM 24.00
 

.................................................................................................................................................................

CODE: J11
READY STOCK

SIZE:
6m -
12m -


Price: RM 24.00

...................................................................................................................................................................

untuk lebih lanjut boleh tengok kat "facebook"


Wednesday 20 November 2013

Akan ku cuba pulihkan semula,,..

assalamualikum

haippp!!!.


lama tak menari "jariku di keyboard" untuk taip kat blog ni!!..
macam rindu je..macam miss u jew..jangan nak macam macam la sangat okey!..hiihih..

ok, lately..
Actually, waaa..speaking lak !!..poyo !!..hahahha..oke,,oke,,seriously ...

Aku dah mengidap masalah ni, almost 3 month!!!,..pelbagai vitamin dan produk aku guna..tetap tak bekesan, kirannya dah tahap give up!...melayu kata (putus asa)..huhuuhuhuhuh..

Masalah kat muka aku ni, kusam. dan kulit jadi hitam, , Salah aku gak, tak jaga, tak dengar kata kawan aku !!..terima padahnya..Selama seminggu aku kena sinaran UV, tanpa sunblock.Dan "nah" terima padahnya..

TAdi aku "usha" blogger ni..ala korang mesti kenal..aku suka dia, selalu lepak dan baca blog dia...hiihihi..
ni orang nya.

http://www.fynahere.com/

Dia ada lah share tentang perhagaan kulit muka, dan aku akan try tip-tip yang dia bagi tu..mana lah tau kan..kot..kot bekesan.="=

http://www.fynahere.com/2013/11/atasi-kulit-kusam.html

okey..jum..kita sama - sama mencuba..insyaalah!...

~ Aku rindu muka aku macam dulu..sadisss!!!!

Friday 20 September 2013

kucar kacir

MOWNING..

kerja - kerja


I've only got 2 hands, 2 eyes, 2 legs n a brain..if only i hav more..aduyai

^___^....glupppp!

Tuesday 17 September 2013

Dekat atau jauh tetap sama

Hello..
haiii..waaaa.macam bukan orang melayu lak rasa, tak sopan langsung.."mintak maaf "semua.."ASSALAMUALAIKUM"

{Dari jauh enggkau masihku cinta}

Biarlah jauh antara kita, tapi cinta tiada sempadan...
benarkata "Aisyah" - Ia sekadar janji manismu..Tapi akan kulalui jugak kerna aku pasrah (erra fazira)..dalam kepasrahan yang kulalui hati ini siapa yang mampu nak menipu , hati ini pasti akan menagis lagi.

oke bye..

cukup sampai disini saja.!

Friday 2 August 2013

keji punya hati

Cakap tak seindah rupa..
Bahasa sesedap "kepci"
tuturkata selembut sutera
alunan suara semerdu "lagu balik kG"

~ oii..cik kaka, jangan telebih poyo!!..(cakap tak serupa bikin!!)..hampeh betol


Wednesday 31 July 2013

air mata jatuh berlinangan

Hati ..ooo..hati..
Tak usah la kamu berdarah lagi..Cukup..Cukup sudah.
Air mata ooo Air mata
Janganlah kamu berderai lagi..
berhenti sudah..gluppp!!!!!


Thursday 25 July 2013

detik2 semakin hampir

Assalamualikum..
Salam jumaat..
selamat menyambut nuzul Al-quran..

Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya..cepat betul masa sekarang ni kan, diam tak diam hari ni. 26.07.2013 dah 17 ramadhan..Alhamdullilah..Aku bersyukur dengan nikmat yang ALlah berikan padaku, iaitu tubuh badan sihat dan masih sempurna supaya aku boleh beramal ibadah kepadanya dan melakukan perkara yang baik, dan memohon keampunan daripadanya..(Tiada siapa yang sempurna)..
Tapi kadang kala aku ni spesis lupa daratan (cepat lalai)!!!..Tetapi aku selalu mintak denganNYA agar "teguhkan hati aku ini, dan jangan mudah lalaikan aku"..insyaalah!!!

Memandangkan Syawal semakin hampir, persiapan semua kau dah siap, aku siap awal-awal, taknak kelam kabut macam tahun lepas..(Pesan akakku kepadaku)..ahhahahha

Okla kekawan ku sekalian ...
cukup sampai sini dulu..idea tak berapa nak ada..
hihiihihihihhi....
semoga ramadhan kali ini lebih baik dan sempurna..aminnn!...

Friday 12 July 2013

dikala kebosanan.

assalamualaikum..

jangan ditanya kenapa, banyak motivasi aku hantar..
hari ni hari sabtu, aku keje, oleh sebab kerja tak berapa nak ada..so aku baca lah menda yang boleh motivasikan diri aku..so..

aku tak makan sorang, aku taknak semangat sorang, aku taknak berpositif sorang (ayattt..entah apa2)..hahahha
AKu nak share ngan k jugak..hahahahhaha...

Sebenarnay mengantok ni, mata masuk pasir (tak leh buka)..hahahahha..semalam kerja (OT), huhhh..banyak gak la spesis reptilia yang degil dan agak kurang ajar, di sekitar mentakab..hahhahahahah...

Korang yang cuti , syok la,..mmmmmmmm..
bosan..bosan..bosan..mengantukkkk!..hihiihi

"Jangan sedih jika Allah memisahkan kamu dari sesuatu atau seseorang yang anda cintai. Jika kita tahu apa rancangan-Nya untuk kita, pasti hati kita akan mencair dengan kehangatan kasih sayang-Nya."

Ini untuk "kata" penghadaman yang baik..

◈La Tahzan ~ Rezeki◈


"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku
kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je
macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau
ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk
anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku
beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - -
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan
sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi
dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang
berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu
bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih
tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya
meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia
berkereta dan berbelanja setaraf orang yang
sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih
tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang
memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak,
maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk
memiliki anak.

- - -
Buat si penjawab yang menghadapi soalan
sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah
mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit
berbanding orang yang memiliki rezeki yang
lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana
rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi
sebagai manusia, perbandingan juga kadang-
kala boleh memberi kekuatan dalam melawan
nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang
yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu
mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka
yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi
mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai
masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi
mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu
lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi
mungkin juga anakmu itu lebih membawa
kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian,
dan mengurangkan kamu di satu bahagian.

Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu
bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu
dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan
Allah yang sering kita lupakan lantaran sering
melihat kelebihan orang lain dan melupakan
kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil,
dia memberikan kamu apa yang kamu
perlukan, bukan apa yang kamu inginkan.

Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-
masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini,
atau di saat jiwa kamu sendiri yang
bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan
hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu
beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah..

Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang
bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah
lebih mengetahui segala perancangan untuk
hambanya.

~Zuesof~

Monday 17 June 2013

Doaku padaMU..Ya ALLAh

Kenapa hatiku ini sejak kebelakangan ini sukar sangat nak fikir benda perkara yang baik-baik..mesti nak fikir perkara yang buruk je..eeeeeeeeeeee #hati ni geram lak rasanya..seperti bisikan syaitan mengangu hidupku.."Ya ALLAH aku mohon padaMU kau jauhlah aku dari segala ganguan dan bisikan syaitan ini, yang baloh melalaikan ku..sesuguhnya aku hamba yang lemah".."Ya ALLAH Kau berikan aku kekuatan fizikal dan mental, ko kentalkan hatiku ini, kau tabahkan hatiku ini, sesunguhnya aku manusia yang mudah tersungkur"

Kalau perkara ini membuatkan aku malu.dan .membuatkan aku tertekan, aku redha, dan aku jugak akan  berhenti, berhenti dari mengahdapi dan mengadap perkara ini..
Bagiku ia sesuatu yang memalukan untukku



Sesungguhnya hatiku ini sangat lemah!..
Walaupun banya tejentik dengan kata-kata yang menguriskan..

Jangan peritkan hati ini lagi


Hai beb!..

~ikut hati mati, ikut kata binasa (agak2 betul ke pepatah melayu ni)
Hati Aku ni, hati aku ni..diwujudkan untuk disakit-sakitkan ke, rasanya berbagai-bagai rasa, #dicubit, #ditikam dan yang terasa perit #seperti dincincang halus...

Kenapa semua orang suka sangat sakitkan hati aku, Hello!..aku nampak pendiam ke??, muka aku muka senang dibuli ke??..Kenapa mesti aku..aku..aku yang kena faham orang lain, dan kenapa aku mesti faham orang lain..Tapi aku tetap mendiam kan diri, sebab bagi aku, satu hubungan itu meemerlukan salah seorang, mendiamkan diri dan perlu banyak bersabar, "hello guys!..tak semestinya hubungan dengan bf je tau, dgn kawan pun perlu ad macam tu"...

Kenapa??kenapa?..
Kalo ikutkan hati yang sakit , kalau dikira berapa kali dibuat seperti ni, ikut tambah tolak darab bahagi ada dalam **44 kali!..kalo dikiralah, yang belum dikira lagi.huhhhh..
Tau tak apa perasaan ini kalau tak sabar, rasa-rasanya kan..nak kerat2 macam kerat timun   tu..(macam best je kalau buat macam tu)


Sunday 16 June 2013

Tabik spring!..punya pasal

Kali pertama (Ini kalilah)
Menda ni Aku rasa sangat penting dalam kamus hidup aku dan perlu aku tulis sebagai kisah dan perlu aku baca dan perlu aku ingati..

Semalam (16.06.2013 bersamaan hari ahad), adalah hari pertama aku berkhidmat sebagai #PVR.
Semalam ditugaskan untuk jaga aman (perlawanan Bola)..Shazan muda Vs Sabah.
Memang penat gila duk jaga kat situ (berdiri macam tiang lampu) "walaupun badan tak straight mcm tiang lampu" , dengan mata perlu memerhatikan orang ramai..huhhhhh..sabar jelah..nak tunggu perlawanan bola tu habis..huhhhhh..sangat tak sabar..Tapi dalam kepenatan tu ada keseronokan jugak..hiihihhiih..

Dapat lak ketua yang "kerek"..huh...Tapi abaikan je dia tu..hahahahahhah..

Tapi memang best la..satu #pengalaman dan satu #tugas dan satu #bidang dan lagi penting #tangungjawab..
Tak semua orang dapat rasa pengalaman macam nikan??..So dikira aku bertuah..."bertuah ke??"..hahahahhah.

Kali pertama dah kena buli, masuk lapor diri pastu kena tabik spring..khihkihhkihkhi...poyoooooo..je rasa...!

~ Gila! malu!

Tuesday 11 June 2013

rancangan yang belum pasti

merancang, dirancang  semua belum pasti..hiihih

ok firts (permulaan).
Aku dan #BFF merancang nak pergi bercuti, bercuti tu takdalah jauh sangat mana pun macam (oversea)..dan takda lah tempat yang cantik sangat (wonderful)..tapi cukuplah sekadar meluangkan masa bersama #BFF yang lama tak berkumpul..hiihihihi..

Tapi ini baru peringkat perancangan,
Cadangan tarikh ~22.06.2013 (sabtu)  - 24.06.2013 (Isnin ) ~ [untuk makluman (macam la ada yang nak tahu dan yang nak baca..hihihihi)  , Aku belum isi borang cuti..hiihihihi..]
Tapi aku harap aku dapat join dengan diorang untuk trip ini., sebab aku takut nak (apply) cuti sebab bulan ni dah kerap cuti, sebab banyak hal kan...(hal la sangat). Pastu lagi kes.aku takut nama aku tersenarai dalam (roster) untuk berkhidmat!.huhuhuhui...
Tapi trip ni tak lengkap #BFF aku , sebab ada dah yang kahwin kan, pastu ada yang dalam bulan berpantang (BAby)..So tinggal yang bujang-bujang (single).

Pelbagai rancangan telah dibuat, supaya perjalanan #Trip ni berjaya...

Boo-at ~ #BFF aku, Aku kesian dekat korang sebab dah semangat kan nak pergi dan nak meluangkan masa bersama, So aku nak ingatkan.!!! (ditegaskan).Jika aku tak dapat Join dengan (Perkara yang tidak dapat dielakkan)..Aku harap korang teruskan jugak #Trip ni yekkk!....

Mood ~ Sedihhh!...

Monday 13 May 2013

Jangan katakan jangan...

Semangat pagi yang indah..Alhamdulilah..

Sapew kita untuk menghalang kan..siapa kita untuk memberi..

Dan siapa kita..Manusia yang tidak akan kekal lama!!!..

Sekian..


bila zikir didengdangkan..

detum..detum..detum..

arghhhhhhh..tak payah ketuk,memang taknak bukak pintu tu..
pergi jelah..menyibuk jeww..

(iklan, citer)..

hari ni macam free je tambah lak tegerak hati nak wat story..hiihih..

ok, mulakan dengan khabar gembira, Tadi aku terima massage dari kawan "bff" aku, kata beliau, dia ada berita gembira!!..pastu aku reply, aku kata aku nak teka, aku reply "ko dah dpt keje  ye?"
pastu dia reply :aha.."..aku reply "tahniah"..hiihihhi..
Aku happy sangat

lapang dada, tenang bila...

"zikir munajat"

Apa-apa pun rintangan dan onak duri tu bejaya jugak diatasi oleh aku..walaupun makan masa yang agak lama..
Lepas ni nak pecaya "mintak maaf"!!!..

Monday 15 April 2013

angin monsun tropicana!

Perubahan Cuaca ,
Biasalah macam cuaca gak, kadang mendung, kadang panas, kadang petir.kan..kan..
seumpama dengan manusia gak..hihiih..
Dan sama mood dengan saya jugak, lebih kurang la.

Sekarang ni ,Ada desas desus mengatakan saya ni angis kus-kus...

auchhhhhh..mengata aku yerrr..mmmmm..
KAlo menda baik dan menda yang perlu aku ubah jangan lah mengata belakang aku, meh la kata depan aku.. baru aku tau ada orang tak suka aku macam ni kan..kan..
Sib baik la ad yang jujur..

TQ ye.sebab jujur ngan aku..
Hamba ALLAh yang jujur ni terus terang cakap kat aku, dia kata tak suka tengok aku, makin garang, makin laen,makin cepat marah, makin kuat tacing dan macam2 makin lagilah yg sememangnye bkn mcm aku sblm ni..kenapakah??? mood plak selalu swing mcm roller coaster...sob2...ni namenye transformasi tak menjadi..sory ye kwn2 yg berkenaan..sory juga.kmo ade yg jauh aty ngan aku lg eh..aku mintak maaf kalo terbadmood ngan korg..sory..
sy syg korg sume..sarangheyo..:)~

huhhhhhhh...
Alhamdullilah, bila tesedar, baru berubah..:)



Sunday 14 April 2013

gerak hati patah hati

gerak hati..

mana satu ye.susah sangat nak buat pilihan yang terbaik..
Bila satu tarikh yang sama dan kedua-dua sangat penting bagi aku ...

18.04.2013
waaaaaaaa...tarikh ni..tarikh ni...kenapa mesti perlu dibuat pada tarikh yang sama..



Wednesday 27 March 2013

Ketuk-ketuk hatiku..

Renungan untukku:-


Solat Subuh = 2 rakaat : 5 minit
Solat Zohor = 4 rakaat : 10 minit
Solat Asar = 4 rakaat : 10 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat : 7 minit
Solat Isyak = 4 rakaat : 10 minit

Total masa untuk Allah = 43 minit daripada 1440 Minit Sehari

cukup ke masa untuk Allah 43 minit sahaja sedangkan kita sedut oksigenNya 1440 minit sehari???

kemana kita bazirkan baki 1397 Minit lagi tu?

Usik2 hati untuk meyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan....

Sunday 24 March 2013

Dia dah pergi dengan betul-betul

Assalamulaikum..
Lama aku tak menaip kat sini..kenapa??mana aku pergi??

ooooo..ok, lupakan sahaja...

Sebenarnya aku rasa sedih..sedih sangat..
Aku benci bila aku  dalam keadaan macam ni dan kena tanggung macam ni...
Apa salah aku, kenapa dia nak mendiamkan diri dengan tanpa menberitahu aku kesalahan aku..

Bila aku call taknak jawab,
Bila aku massage taknak reply...

2 hari berlalu macam ni, dan esok hari ke -3...."haruskah aku menagis"..Tapi dalam kotak fikiran aku hanya fikirkan yang positive!...Sebab itu adalah salah satu terapi untuk aku nak menghadapi keadaan macam ni..

Dan

Aku buat keputusan, jika masih seperti ini tanpa sebarang berita, Hari ke-3 adalah penamat semuanya..
moga aku sabar menghadapi semuanya..

Dan , seperti pengajaran buat aku:-
Sebab aku selalu ugut dia..kalau aku merajuk selalu aku akan cakap "pasni putus, dan buat hal masing-masing"..dan dia telah tunaikan dengan betul-betul..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Aku tak kuat, Ya Allah!...

Wednesday 27 February 2013

makcikku yang kepoh

Ini khas dedikasi kepada mak cik mak cik aku yang tak penah bosan dengan menpersoalkan aku tentang hal jodoh...

Dan ada yang memerli aku, telan jelah, nak buat macam mana kan..mmmmmm

jawapan yang baru aku temui..ahhahaha

mmm


mmmm


mmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


nak copy ayat nilah, biar terasa diaorang..hahahhahahhaha

Apa erti semua itu...

mimpi..mimpi..
meh sini nak share mimpi saya...lama tak story tentang mimpi ni...

Tapi ramai yang mengharapkan mimpi yang best..best kan..kan..kan...
Tapi saya tak dapat mimpi yang best..2 3 hari ni mimpi yang menakutkan..
ok akan saya listkan mimpi buruk saya itu:-

1. mimpi kahwin dengan suami orang (bekas kawan sendiri).
2. Naik kereta , pastu exciden
3. kena kejar dengan anjing
4. Duit hilang 
5. mak ayah halau dari rumah

huhhhhhhhh...tengok..korang dah baca kan. Dah tu macam mana...takutnya saya....

walaupun orang cakap mimpi itu hanyalah mainan tidur!!..
tetapi bagi aku ia menyeramkan..huhhhhhhh....

~walau apa pun abaikan sahaja (pesan dari mak saya)..


Tuesday 26 February 2013

Reminder for me!

kerana lelaki itu..

Perkataan diatas itu, bukan kisah aku, tetapi kisah didalam drama tv9..

apa pengajaran dan apa yang aku berlajar dari cerita tu...

Tengok orang lain memiliki keistimewaan yang kita idamkan , dan tengok muka happy orang yang menperolehi sesuatu menda yang kita inginkan..itu bahagian orang yang kita lihat la dari luaran.
Dan perlu diketahui, Apa perasaan dalaman diaorang, bahagia ke, happy ke??kita tak tau kan..

Tetapi tau kah kita bahawa, rupa-rupanya ada pulak orang cemburu dengan serba-serbi kekurangan yang kita miliki..

~bukan harta benda, darjat dan wang yang membahagiakan kita, Tetapi kasih sayang itu  yang kita semua sebagai manusia idamkan...

ingat tu Nadirah Lokman

Sunday 24 February 2013

sendiri salah sendiri tanggung, padan muka

OMG..OMG..OMG...

Aku tersalah buat gaji pekerja, aku yang salah..aku yang terbuat salah..(berapa kali salah lol)..
mmmmmmmmmmmmm..mcm mana..macam mana...aishhhhhh..help me!!!

Cheqeu boss dah bukak..asihhhhhhhhh ada yang kena baling ngan fail jap lagi ni...
(kena lari seribu langkah ni)

omg..omg..omg...(brp kali omg lol)

~aci tak kalo mintak balik, dan buat semula...kira OT lol hari ni..ceyttttt!


Tuesday 12 February 2013

saya masih belum sempurna

Malam yang dingin..
susah untuk aku nak melelapkan mata,Selesai baca doa tido, baca surah 3 kul, baca ayat kursi dan memaafkan orang yang berada di sekekliling aku, pusing kiri pusing kanan tetap mata aku tak boleh nak tido..Bila dalam kotak fikiran aku bermacam-macam agenda dan dalam hati tak keruan...aishhhhh..

Lalu pantas aku on laptop
Dan sambil ditemani dengan deraian air mata..omg..kuatkan hati aku ini..jangan lah selemah seperti dulu..
Kenapa mesti separuh jalan, kenapa ketabahan itu tak penah kekal lama, mesti separuh jalan..

Resah gelisah, ok...stop..pergi ambik wuduk danbersujud padanya..
(ok sambung taip)..
Rasa segar, tenang ,walaupun (sakit pala lepas nagis)..Tapi lebih baik dari sebelumya...
ok...tido..
night!....
bismillahhirohmanilrohim!.....


Sunday 10 February 2013

kahwin jua!!..:)

Hari ni pergi kenduri Siti Aminah Anas..

Konvoi dengan Aris abag aris, adik aris, alonh aris, shot dan aku..hihihiihi..

Malas nak panjang story mory, sebab takda idea..hahhahaha
Share gambar jelah..hahahahhahah

Cantik kak bb kita kan aris..hihihihiih..






Selamat pengantin baru bb, semoga bekekalan dan #setia hujung nyawa..hiihihih.._peace!!!


Aku dengan tema "biru "

Tuhan lembutkan hati dia - Shila hamzah

boo-at :- Shila Hamzah
Semoga sabar dan tabah....:)

 

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku





Friday 8 February 2013

GONG XI FA CAI



" Gong Xi Fa Cai"

           

Antara angpaw yang aku dapat..hiihih..


waaaaaaaaaaaaa..hasil kutipan untuk tahun ni,sangat puas hati. Rezeki jangan ditolak kan..kan..kan...boleh beberlanja!..allalalalal...hahahahah..

ok hanya ini untuk dikongsi..

ok..bye



Monday 4 February 2013

aku tejebak!..

Tetamu yang tak diundang jangan tegedik nak datang ke majilis orang ok..pastu nak guna-guna nama aku lak..hello!!!!!!..asal mesti nak kait nama aku lak..kalo dah otak biul dan sewel pergi kait buah kelapa tu..huhhhhhh...(bikin gua panas je)..

Tak payah la nak suh aku cover la sangat..Aku memang malas nak campur la..malas nak tejebak ke dalam kancah "masalah" yang ko cipta sendiri...(kalo ko pandai sangat cipta-cipta ni..pergi la cipta alat yang boleh bagi duit,..ada hasil jugak)..

ok..bye..

(layan lagu ~diamonds )..

Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shining bright like a diamond
We’re beautiful like diamonds in the sky...bla..lallalala

Tuesday 29 January 2013

tesentap giler babun!

Hari ni hati aku tesentap..

Taip pun dengan sisa air mata..(alahai kesian betul kat diri sendiri)

memang menagis sampai tak larat nak kuarkan air mata lagi dah..

ok, memang aku akui aku yang salah, memang aku yang buat menda tu salah, so kepada *pn yang betul dan yang tak penah buat salah (Macam manusia sempurna la sangat).. tu tak payah la sampai campak fail atas meja aku depan orang..

huhhhh..memang aku lari balik rumah la, memang makan tengah hari sambil teman air mata lah..disebabkan sikap ko yang biadab tu...Nasib baik kebetulan dah time lunch hour, Dan kebetulan family aku takda time tu..kalau tak mesti kecoh..!!..Malas nak besarkan hal ni..tengoklah sampai bila boleh bertahan..

Dan kepada pendegar aku, terima kasih yek..Sebab sudi dengar, Aku tak tau nak cakap kat sapa, Sebab aku tak rasa orang lain aku peduli..rasa malas nak serabutkan kepala orang lain sebenarnya, Kalau boleh telan sendiri baik telan sendiri tanpa semakkan kepala orang lain..
Tapi tak boleh, mesti nak mintak pendapat dan pembangkin semangat, yang luhur...




ok..bye..kepala dah pusing...

Monday 28 January 2013

Aku manusia ada perasaan

aku diam tak bemakna aku takot dengan keadaan semua ini, Tapi Aku hormat..
Aku tunduk dengan setiap kata-kata ko, Tak bemakna Aku tunduk pada ko tetapi aku muhasabah diri..



p/s: aku tak minta untuk disanjungi, aku cuma minta hormat aku sebagai manusia..Tq!..

Sunday 27 January 2013

bersua + cerita

Assalamualikum..

sambil mendegar lagu "i coming home".., "wish u were here"  & "bring me lo life"..

sambil ulang banyak kali, kenapa aku suka lagu ni...sebab....shhhhh...(biar lah rahsia)...

Dan sebab apa aku tak suka cerita movie ( lagenda budak setan 2)- bukan sebab cerita itu, tapi ..shhhhh..(biarlah rahsia)..

Sakit hatikan kalau cerita separuh jalan ni..(tapi, ia tetap menjadi rahsia aku!!)..

Hari ni,Apa aku buat..menghadiri atau teman akak aku pergi kenduri akikah kawan baik dia!..Anak dia comel sangat, Tapi aku tak sempat nak snap pic ngan anak dia, sebab anak dia asyik kena dukung ngan mak-mak sedara dia kot!...aku sekadar memerhati sahaja!...:).

Ema, itulah nama kawan baik akak aku tu, dyeorang ni ada 5 orang sekawan.(lia, bel,ema,sue,nor)..haa,kan betol 5!...tengok aku adik yang perihatin, bilangan dan nama kawan baik akak aku pun aku tau..hahahah..Dia (akak aku), aku rasa dia tak tau!.siapa kawan aku..hahahhaha...
Ema tu buat kenduri akikah dekat rumah suami dia  kat (pu lau tawar, jerantut), ambil masa dari rumah aku 45 minit gak la..sebenarnya tempat tu (pulau tawar), aku penah perg sekali, itu pun 4 tahun lepas kot, sepupu aku kahwin, So tadi pergi rumah ema tu, aku redah je , ingat-ingat lupa, Ada alah masuk simpang, tak tau la,jln-jln tak jumpa rumah, tapi banyak pokok kiri kanan jalan..aishhhhhh..aku dah risau dah, takot sesat, tepaksa kuar balik dari simpang tu, try jalan lagi !..dan last2 jumpa gak, sebab mak aku ada cakap, kena jumpa sek.ren pulau tawar, pastu depan sikit  ada  pejabat pertanian, simpang depan tulol!...
Bila dah nampak tu lega sikit, Tapi Jalan macam sunyi je, nasib baik kebetulan ada (kelisa kuning ) lalu, Tanya pakcik tu, Dan pakcik tu baik hati, nak tolong tunjukkan rumah sekali..

Terima Kasih banyak-banyak ye pakcik (ucapan dariaku dan akak aku, secara serentak), pastu sempat lagi main cuit-cuit, yelah kan ada org ckp, kalau tiba-tiba cakap serentak, salah seorang akan kahwin dulu (tapi jangan la percaya, aku pun tak percaya sangat pun, tapi dah jadi terbiat akan cuit!..hihihi)..

Aku bertolak dari rumah kol 11.00am.sampai sana (pulau tawar) kol 12.00pm..
Bertolak balik (dr pulau tawar) kol 1.00 pm sampai rumah kol 2.30 pm..(Ada singah ditempat lain..hiihihi)

Hari ni tiada aktiviti sihat, sebab masing-masing sibuk, Aktiviti tak sihat yang aku buat, makan, tido, baring, on9!...huhhhh...gelisah bila tgok semakin berisi ni!....huhhhhh!...


Tuesday 22 January 2013

Diari Sabtu - Ahad (hospital)

Diari Sabtu :-

Dapat balik keje awal, bermula dari sabtu minggu lepas.Bos telah mengeluarkan arahan yang paling aku suka dan senyum satu hari..hahhhha..susah nak dapatkan arahan macam ni, selalunya arahan yang dikeluarkan mesti ramai tak suka..Tapi arahan yang  ni..waaa..happy giler...start dari saat in, hari sabtu je boleh balik kol 1.00 pm!..hooreyyyyyy!....

Thank you boss!..jangan lupa angpau & bonus!..lalallalalal..
tolong ingat untuk yang ini "above" sekali yekk!...hahahhahahaha

Oleh kerana sabtu balik awal, kami adik beradik plan untuk beriadah, ala senang cakap jogging lol..hiihh..sambil-sambil rehatkan minda yang baru lepas serabut kepala otak memikirkan kerja kan.
4 / 5 pusing jugak la aku jogging, waaa..memang lemak tebakar la, Tapi kan lepas jogging, lemak banyak hilang, singah lak kat McD..hahahha..Memang tambah lemak jugak lol, mak aku sibuk ckp baik tak payah jogging kan.hahhahahah..

hikhikhik..sempat lagi peace!
 Dalam pejalanan nak balik kerumah, aku dapat panggilan daripada pakcik aku, Dia suruh aku pergi hospital, sebab anak dia excident, pengelangan tanggan patah. Kebetulan dia tiada  kat temerloh, dia ngan isteri dia pergi Kedah, (melawat nenek sedara, isteri dia nazak). So , aku terus tipon mak dan ayah aku, suruh pergi hospital tengok keadaan mcm mana, Dan aku , akak, adik-adik balik mandi-mandi pastu terus pergi hospital..
tunggu punya tunggu nak dekat 5 jam tunggu, kol 12.00am baru settle semuanya..siyessss,...memang penat  gilerrrr,,,
Pastu Aku kena pergi kerumah pakcik aku lak, odw nak balik kerumah aku, singah umah dia nak ambik anak-anak dia yang lain, dan baju-baju.
Dah siap tu,  ada lak abang-abang  polis ni wat rondaan,pastu duk tahan-tahan..huhhh..jemm!...nak patah kaki aku rasanya,(penat jogging tak hilang lagi) nak tekan clutch !..setengah jam! gak la aku duk dalam kesesakan jem tu..

Kol 1.00am sampai rumah..

Malam tu tidur, tiba-tiba kaki  aku sakit..waaaaaaaaa...nagis..nagis..tahan.sakit...

Dan keesokan hari ahad lak,,..

tepaksa bekampung di hospital lagi...huhhh!...mcm2 hal!..







insyallah, doakan yang terbaik..amin..


Thursday 17 January 2013

memori vs sengsara

waaaaaaaaaaaaaa...
windu..windu..windu .nak story kat sini...mmm..keberlakangan ni aku sibuk sangat..sejak kerja dengan company baru ni, tak cukup kaki dan tangan aku nak buat kerja.

Walaupun ,banyak kelebihan yang aku dapat dengan kerja baru ni, tapi penindasan (mental dan fizikal) keatas aku tepaksa aku terima jugak. Walaupun penerimaan pekerjaan ini tanpa kerelaan aku, dan dipaksa aku berlajar untuk menerimanya dengan kerelaan ,tetapi tetap tak boleh..

ok..tutup kes pasal kerja..

Agak-agak korang la kan, kalau lama tak jumpa kawan masa sekolah dulu, tiba-tiba jumpa balik mesti happy kan..kan..kan..hihihihi..
itulah yang dialami oleh aku, tanggal 12 januari 2013.perjumpaan yang tak dirancang sama sekali..Setelah 8 tahun tak bejumpa, kini dah bejumpa.happy je,banyak kelainan pada diri masing-masing, pastu becerita pada zaman sekolah dulu..kelakar pun ada gak..
Tapi perjumpaan ini tak ramai, 4 orang je yang aku sempat jumpa.
Sebenarnya , time tu adalah majlis perkahwinan kawan sekolah aku (nadia).Aku pergi kenduri tu dengan (lida lastar), tunggu lida turun dari kuantan, untuk pengetahuan korang, kami pergi kenduri tu kul 6 ptg.hihiih..Suka hati jekan..tapi itu cadangan dari (lida lasta), dialah yang paksa aku teman dia..hahahaha..Aku ikut jelah..Tapi kelebihannya sebab pergi lambat, boleh jumpa pengantin..:)...Balik dari kenduri tu, Ajak lepak jap, sambil tu nak jumpa dengan (Ella) lak..tunggu..punya tunggu last2 dapat gak jumpa...

Kira best la..Tapi lepak taklama,sekejap je..sebab aku ada hal..kena balik rumah!..


nadia dan suami ,(lida lasta) dan aku     




















lida, ella, aku

Wahai wanita,kamu perlu tahu!!!!

Mengapa si isteri mesti halang kasih sayang anak (lelaki) kepada ibunya :-

Dalam kes atau kejadian seperti ini, aku amat benci sikap segelintir sekaum dengan ku.


1. Suami kamu  (bakal suami kamu)  dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidupnya. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintai kamu yang belum tentu kamu  mencintainya seumur hidup kamu.Tetapi ada sesetengah ,mudah lupa dengan cinta kepada ibunya,bahkan rasa cintanya lebih kepada kamu (bakal isterinya) 

2. Suami kamu (bakal suami mu)  dibesarkan oleh mak dan ayahnya, segala kelengkapan semua ditanggung sehingga besar dan menjadi seorang lelaki  . Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3.Suamimu (bakal suami mu) telah menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu (bakal suami mu) berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi pandangan. padahal dikala saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

5.Suamimu (bakal suami mu) berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisan mu.

6.Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerna apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkan oleh dirinya.