teman

Wednesday 31 July 2013

air mata jatuh berlinangan

Hati ..ooo..hati..
Tak usah la kamu berdarah lagi..Cukup..Cukup sudah.
Air mata ooo Air mata
Janganlah kamu berderai lagi..
berhenti sudah..gluppp!!!!!


Thursday 25 July 2013

detik2 semakin hampir

Assalamualikum..
Salam jumaat..
selamat menyambut nuzul Al-quran..

Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya..cepat betul masa sekarang ni kan, diam tak diam hari ni. 26.07.2013 dah 17 ramadhan..Alhamdullilah..Aku bersyukur dengan nikmat yang ALlah berikan padaku, iaitu tubuh badan sihat dan masih sempurna supaya aku boleh beramal ibadah kepadanya dan melakukan perkara yang baik, dan memohon keampunan daripadanya..(Tiada siapa yang sempurna)..
Tapi kadang kala aku ni spesis lupa daratan (cepat lalai)!!!..Tetapi aku selalu mintak denganNYA agar "teguhkan hati aku ini, dan jangan mudah lalaikan aku"..insyaalah!!!

Memandangkan Syawal semakin hampir, persiapan semua kau dah siap, aku siap awal-awal, taknak kelam kabut macam tahun lepas..(Pesan akakku kepadaku)..ahhahahha

Okla kekawan ku sekalian ...
cukup sampai sini dulu..idea tak berapa nak ada..
hihiihihihihhi....
semoga ramadhan kali ini lebih baik dan sempurna..aminnn!...

Friday 12 July 2013

dikala kebosanan.

assalamualaikum..

jangan ditanya kenapa, banyak motivasi aku hantar..
hari ni hari sabtu, aku keje, oleh sebab kerja tak berapa nak ada..so aku baca lah menda yang boleh motivasikan diri aku..so..

aku tak makan sorang, aku taknak semangat sorang, aku taknak berpositif sorang (ayattt..entah apa2)..hahahha
AKu nak share ngan k jugak..hahahahhaha...

Sebenarnay mengantok ni, mata masuk pasir (tak leh buka)..hahahahha..semalam kerja (OT), huhhh..banyak gak la spesis reptilia yang degil dan agak kurang ajar, di sekitar mentakab..hahhahahahah...

Korang yang cuti , syok la,..mmmmmmmm..
bosan..bosan..bosan..mengantukkkk!..hihiihi

"Jangan sedih jika Allah memisahkan kamu dari sesuatu atau seseorang yang anda cintai. Jika kita tahu apa rancangan-Nya untuk kita, pasti hati kita akan mencair dengan kehangatan kasih sayang-Nya."

Ini untuk "kata" penghadaman yang baik..

◈La Tahzan ~ Rezeki◈


"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku
kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je
macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau
ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk
anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku
beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - -
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan
sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi
dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang
berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu
bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih
tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya
meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia
berkereta dan berbelanja setaraf orang yang
sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih
tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang
memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak,
maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk
memiliki anak.

- - -
Buat si penjawab yang menghadapi soalan
sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah
mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit
berbanding orang yang memiliki rezeki yang
lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana
rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi
sebagai manusia, perbandingan juga kadang-
kala boleh memberi kekuatan dalam melawan
nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang
yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu
mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka
yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi
mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai
masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi
mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu
lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi
mungkin juga anakmu itu lebih membawa
kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian,
dan mengurangkan kamu di satu bahagian.

Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu
bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu
dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan
Allah yang sering kita lupakan lantaran sering
melihat kelebihan orang lain dan melupakan
kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil,
dia memberikan kamu apa yang kamu
perlukan, bukan apa yang kamu inginkan.

Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-
masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini,
atau di saat jiwa kamu sendiri yang
bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan
hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu
beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah..

Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang
bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah
lebih mengetahui segala perancangan untuk
hambanya.

~Zuesof~