teman

Friday 12 July 2013

Ini untuk "kata" penghadaman yang baik..

◈La Tahzan ~ Rezeki◈


"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku
kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je
macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau
ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk
anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku
beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - -
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan
sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi
dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang
berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu
bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih
tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya
meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia
berkereta dan berbelanja setaraf orang yang
sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih
tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang
memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak,
maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk
memiliki anak.

- - -
Buat si penjawab yang menghadapi soalan
sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah
mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit
berbanding orang yang memiliki rezeki yang
lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana
rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi
sebagai manusia, perbandingan juga kadang-
kala boleh memberi kekuatan dalam melawan
nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang
yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu
mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka
yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi
mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai
masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi
mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu
lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi
mungkin juga anakmu itu lebih membawa
kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian,
dan mengurangkan kamu di satu bahagian.

Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu
bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu
dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan
Allah yang sering kita lupakan lantaran sering
melihat kelebihan orang lain dan melupakan
kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil,
dia memberikan kamu apa yang kamu
perlukan, bukan apa yang kamu inginkan.

Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-
masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini,
atau di saat jiwa kamu sendiri yang
bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan
hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu
beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah..

Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang
bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah
lebih mengetahui segala perancangan untuk
hambanya.

~Zuesof~

No comments:

Post a Comment