teman

Tuesday 29 January 2013

tesentap giler babun!

Hari ni hati aku tesentap..

Taip pun dengan sisa air mata..(alahai kesian betul kat diri sendiri)

memang menagis sampai tak larat nak kuarkan air mata lagi dah..

ok, memang aku akui aku yang salah, memang aku yang buat menda tu salah, so kepada *pn yang betul dan yang tak penah buat salah (Macam manusia sempurna la sangat).. tu tak payah la sampai campak fail atas meja aku depan orang..

huhhhh..memang aku lari balik rumah la, memang makan tengah hari sambil teman air mata lah..disebabkan sikap ko yang biadab tu...Nasib baik kebetulan dah time lunch hour, Dan kebetulan family aku takda time tu..kalau tak mesti kecoh..!!..Malas nak besarkan hal ni..tengoklah sampai bila boleh bertahan..

Dan kepada pendegar aku, terima kasih yek..Sebab sudi dengar, Aku tak tau nak cakap kat sapa, Sebab aku tak rasa orang lain aku peduli..rasa malas nak serabutkan kepala orang lain sebenarnya, Kalau boleh telan sendiri baik telan sendiri tanpa semakkan kepala orang lain..
Tapi tak boleh, mesti nak mintak pendapat dan pembangkin semangat, yang luhur...




ok..bye..kepala dah pusing...

Monday 28 January 2013

Aku manusia ada perasaan

aku diam tak bemakna aku takot dengan keadaan semua ini, Tapi Aku hormat..
Aku tunduk dengan setiap kata-kata ko, Tak bemakna Aku tunduk pada ko tetapi aku muhasabah diri..



p/s: aku tak minta untuk disanjungi, aku cuma minta hormat aku sebagai manusia..Tq!..

Sunday 27 January 2013

bersua + cerita

Assalamualikum..

sambil mendegar lagu "i coming home".., "wish u were here"  & "bring me lo life"..

sambil ulang banyak kali, kenapa aku suka lagu ni...sebab....shhhhh...(biar lah rahsia)...

Dan sebab apa aku tak suka cerita movie ( lagenda budak setan 2)- bukan sebab cerita itu, tapi ..shhhhh..(biarlah rahsia)..

Sakit hatikan kalau cerita separuh jalan ni..(tapi, ia tetap menjadi rahsia aku!!)..

Hari ni,Apa aku buat..menghadiri atau teman akak aku pergi kenduri akikah kawan baik dia!..Anak dia comel sangat, Tapi aku tak sempat nak snap pic ngan anak dia, sebab anak dia asyik kena dukung ngan mak-mak sedara dia kot!...aku sekadar memerhati sahaja!...:).

Ema, itulah nama kawan baik akak aku tu, dyeorang ni ada 5 orang sekawan.(lia, bel,ema,sue,nor)..haa,kan betol 5!...tengok aku adik yang perihatin, bilangan dan nama kawan baik akak aku pun aku tau..hahahah..Dia (akak aku), aku rasa dia tak tau!.siapa kawan aku..hahahhaha...
Ema tu buat kenduri akikah dekat rumah suami dia  kat (pu lau tawar, jerantut), ambil masa dari rumah aku 45 minit gak la..sebenarnya tempat tu (pulau tawar), aku penah perg sekali, itu pun 4 tahun lepas kot, sepupu aku kahwin, So tadi pergi rumah ema tu, aku redah je , ingat-ingat lupa, Ada alah masuk simpang, tak tau la,jln-jln tak jumpa rumah, tapi banyak pokok kiri kanan jalan..aishhhhhh..aku dah risau dah, takot sesat, tepaksa kuar balik dari simpang tu, try jalan lagi !..dan last2 jumpa gak, sebab mak aku ada cakap, kena jumpa sek.ren pulau tawar, pastu depan sikit  ada  pejabat pertanian, simpang depan tulol!...
Bila dah nampak tu lega sikit, Tapi Jalan macam sunyi je, nasib baik kebetulan ada (kelisa kuning ) lalu, Tanya pakcik tu, Dan pakcik tu baik hati, nak tolong tunjukkan rumah sekali..

Terima Kasih banyak-banyak ye pakcik (ucapan dariaku dan akak aku, secara serentak), pastu sempat lagi main cuit-cuit, yelah kan ada org ckp, kalau tiba-tiba cakap serentak, salah seorang akan kahwin dulu (tapi jangan la percaya, aku pun tak percaya sangat pun, tapi dah jadi terbiat akan cuit!..hihihi)..

Aku bertolak dari rumah kol 11.00am.sampai sana (pulau tawar) kol 12.00pm..
Bertolak balik (dr pulau tawar) kol 1.00 pm sampai rumah kol 2.30 pm..(Ada singah ditempat lain..hiihihi)

Hari ni tiada aktiviti sihat, sebab masing-masing sibuk, Aktiviti tak sihat yang aku buat, makan, tido, baring, on9!...huhhhh...gelisah bila tgok semakin berisi ni!....huhhhhh!...


Tuesday 22 January 2013

Diari Sabtu - Ahad (hospital)

Diari Sabtu :-

Dapat balik keje awal, bermula dari sabtu minggu lepas.Bos telah mengeluarkan arahan yang paling aku suka dan senyum satu hari..hahhhha..susah nak dapatkan arahan macam ni, selalunya arahan yang dikeluarkan mesti ramai tak suka..Tapi arahan yang  ni..waaa..happy giler...start dari saat in, hari sabtu je boleh balik kol 1.00 pm!..hooreyyyyyy!....

Thank you boss!..jangan lupa angpau & bonus!..lalallalalal..
tolong ingat untuk yang ini "above" sekali yekk!...hahahhahahaha

Oleh kerana sabtu balik awal, kami adik beradik plan untuk beriadah, ala senang cakap jogging lol..hiihh..sambil-sambil rehatkan minda yang baru lepas serabut kepala otak memikirkan kerja kan.
4 / 5 pusing jugak la aku jogging, waaa..memang lemak tebakar la, Tapi kan lepas jogging, lemak banyak hilang, singah lak kat McD..hahahha..Memang tambah lemak jugak lol, mak aku sibuk ckp baik tak payah jogging kan.hahhahahah..

hikhikhik..sempat lagi peace!
 Dalam pejalanan nak balik kerumah, aku dapat panggilan daripada pakcik aku, Dia suruh aku pergi hospital, sebab anak dia excident, pengelangan tanggan patah. Kebetulan dia tiada  kat temerloh, dia ngan isteri dia pergi Kedah, (melawat nenek sedara, isteri dia nazak). So , aku terus tipon mak dan ayah aku, suruh pergi hospital tengok keadaan mcm mana, Dan aku , akak, adik-adik balik mandi-mandi pastu terus pergi hospital..
tunggu punya tunggu nak dekat 5 jam tunggu, kol 12.00am baru settle semuanya..siyessss,...memang penat  gilerrrr,,,
Pastu Aku kena pergi kerumah pakcik aku lak, odw nak balik kerumah aku, singah umah dia nak ambik anak-anak dia yang lain, dan baju-baju.
Dah siap tu,  ada lak abang-abang  polis ni wat rondaan,pastu duk tahan-tahan..huhhh..jemm!...nak patah kaki aku rasanya,(penat jogging tak hilang lagi) nak tekan clutch !..setengah jam! gak la aku duk dalam kesesakan jem tu..

Kol 1.00am sampai rumah..

Malam tu tidur, tiba-tiba kaki  aku sakit..waaaaaaaaa...nagis..nagis..tahan.sakit...

Dan keesokan hari ahad lak,,..

tepaksa bekampung di hospital lagi...huhhh!...mcm2 hal!..







insyallah, doakan yang terbaik..amin..


Thursday 17 January 2013

memori vs sengsara

waaaaaaaaaaaaaa...
windu..windu..windu .nak story kat sini...mmm..keberlakangan ni aku sibuk sangat..sejak kerja dengan company baru ni, tak cukup kaki dan tangan aku nak buat kerja.

Walaupun ,banyak kelebihan yang aku dapat dengan kerja baru ni, tapi penindasan (mental dan fizikal) keatas aku tepaksa aku terima jugak. Walaupun penerimaan pekerjaan ini tanpa kerelaan aku, dan dipaksa aku berlajar untuk menerimanya dengan kerelaan ,tetapi tetap tak boleh..

ok..tutup kes pasal kerja..

Agak-agak korang la kan, kalau lama tak jumpa kawan masa sekolah dulu, tiba-tiba jumpa balik mesti happy kan..kan..kan..hihihihi..
itulah yang dialami oleh aku, tanggal 12 januari 2013.perjumpaan yang tak dirancang sama sekali..Setelah 8 tahun tak bejumpa, kini dah bejumpa.happy je,banyak kelainan pada diri masing-masing, pastu becerita pada zaman sekolah dulu..kelakar pun ada gak..
Tapi perjumpaan ini tak ramai, 4 orang je yang aku sempat jumpa.
Sebenarnya , time tu adalah majlis perkahwinan kawan sekolah aku (nadia).Aku pergi kenduri tu dengan (lida lastar), tunggu lida turun dari kuantan, untuk pengetahuan korang, kami pergi kenduri tu kul 6 ptg.hihiih..Suka hati jekan..tapi itu cadangan dari (lida lasta), dialah yang paksa aku teman dia..hahahaha..Aku ikut jelah..Tapi kelebihannya sebab pergi lambat, boleh jumpa pengantin..:)...Balik dari kenduri tu, Ajak lepak jap, sambil tu nak jumpa dengan (Ella) lak..tunggu..punya tunggu last2 dapat gak jumpa...

Kira best la..Tapi lepak taklama,sekejap je..sebab aku ada hal..kena balik rumah!..


nadia dan suami ,(lida lasta) dan aku     




















lida, ella, aku

Wahai wanita,kamu perlu tahu!!!!

Mengapa si isteri mesti halang kasih sayang anak (lelaki) kepada ibunya :-

Dalam kes atau kejadian seperti ini, aku amat benci sikap segelintir sekaum dengan ku.


1. Suami kamu  (bakal suami kamu)  dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidupnya. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintai kamu yang belum tentu kamu  mencintainya seumur hidup kamu.Tetapi ada sesetengah ,mudah lupa dengan cinta kepada ibunya,bahkan rasa cintanya lebih kepada kamu (bakal isterinya) 

2. Suami kamu (bakal suami mu)  dibesarkan oleh mak dan ayahnya, segala kelengkapan semua ditanggung sehingga besar dan menjadi seorang lelaki  . Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3.Suamimu (bakal suami mu) telah menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu (bakal suami mu) berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi pandangan. padahal dikala saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

5.Suamimu (bakal suami mu) berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisan mu.

6.Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerna apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkan oleh dirinya.