teman

Monday 24 December 2012

Air melimpah diKuantan

Sekarang banyak gambar-gambar  banjir disekitar kauntan.

Melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh rakan-rakan di facebook, Bandar kauntan sekarang mengalami banjir yang agak teruk jugak.

Melalui sember yang tidak diketahui,tetapi boleh dipercayai..







Melalui sumber yang tak dikenali, dan Info yang saya sendiri tak pasti, Tetapi boleh langkah-langkah berjaga-jaga atau persediaan:

‎Bekemungkinan seluruh kuantan bekalan  elektrik ditutup, Ini kerana keadaan banjir  yang teruk dan Gebeng yang tengelam!....



Sunday 23 December 2012

Terkilan tapi puas hati

OK!..

Hari nak cerita sempoi je,
Hari ni tengok wayang ngan adik-adik aku, semua sekali 5 orang termasuk aku!..

syokk la jugak!..ihihiihi
mula-mula sebelum pergi aku dah usha tiket,time tu dah pukul 12.30!..Aku lol punya idea  ,gedik-gedik  on9 "gsc" pastu tengok ada cerita apa hari ni, tengok-tengok, eh!!! ad cerita "CZ12" filem arahan Jackie chan!..hihiihhi.

CZ12!!!

Sebab sebelum ni aku tengok iklan cerita ni macam best je,
 Aku pun tengok masa yang tedekat,  oooo..pukul 2.30 ptg ada cerita tu kat wayang,
 aku cakap kat adik-adik aku,Nak ikut tak pergi tengok wayang???
 semua setuju, ok!...

let's go!...Siap-siap !!..

Time ni semua lari rebut tandas,!..hahahahha
ok siap solat !, gerak ke starmall mentakab!...

Sampai kat starmall kol 1.55.pm, Aku tanya adik-adik aku, Ada lagi ke tiket????, Sebabnya datang pun dah lewat kan..

Sampai je kat kaunter tu tanya:

Aku: Dik,ada lagi tak tiket untuk CZ12??
pekerja: Dah habis!..
Aku:aloooooooooooo, selain pukul 2.30 pm,ada lagi tak ??
pekerja: Ada pukul 5.00 pm, Tapi ada 4 je kosong.
Aku: Lollllllllllll!!...

bincang punya bincang dengan adik-adik aku, masing-masing cakap tengok cerita lain lol, Adik aku yang No 4 tu ajak tengok cerita the hobbit!!..

The Hobbit


Ok, semua setuju..



Pergi balik kat kaunter

Aku : Adik tiket untuk cerita the hobbit ada pukul  berapa.
Pekerja 2 : Kol 2.05 pm, Tapi bahagian depan jelah ada kosong,belakang semua penuh!..
Aku : Grrrrrrrrrrrrrr!..mmmmmmmmmmmm...aishhhhhhhh!..(mengeluh !) ok! la adik,nak 5 !..


Macam tulol ceritanya,cerita the hobbit tu best jugak , Ada kelakar + sedih!..:(

Tapi masih terkilan, sebab CZ12 ,tak boleh tengok!..mmmmm!...(maybe 25,12,2012)!...

hahahhahah,pada awal penulisan,kata nak tulis sempoi je,tapi panjang ya rabbi!..hahahahhaha..

Friday 21 December 2012

Aku yang takut..yang takut semua ini!


(Kerna aku tak mampu, tak mampu, nak hadapinya,)


Aku dioffer keje oleh, adik ipar boss aku yang sebelum ini bekerja yang sama company ngan aku ..Pastu abg ipar dia offer dia utk bukak company yang kecik,.....tapi taknak cari orang lain,sibuk nak suh aku keje ngan dia!...Siap mintak ngan abg ipar dia tu, Abg ipar dia tu kata ok!!...aku tak suka bekerja bawah dia !!..,ok nama dia Mr lee liang (tgok muka dia je,geram nak tinju!) huahuahauahauhauahua!!..

 Mr lee liang tu,perangai dia mcm budak kecik!,kalo wat keputusan semua tak tetap selalu berubah-rubah,pastu suka mengesa org,pastu suka membebel,pastu suka ckp laju2 sampai aku tak faham!!!...pastu suka arah itu ini!....

macam mana ni!???..aku nak nagis dah!....Tiap2 hari aku duk pikir!...sampai dah tak larat nak pikir!!...

Knp mesti aku?????...(wahai telinga Mr lee liang,dgr la suara jeritan nyaring dari aku ini!!)

Boss aku pun senang2 je kata ok!..bahkan tanpa mintak persetujuan daripada aku!...macam mana ni????...Aku wat bodo je,aku nk dgr dr mulut boss aku sendiri!...

Pastu, yang aku sakit hati...

jikalau aku terima job tu!...aku dah keje dgn company lain,tapi kan yang aku jd sakit hati dan musykil,keje aku skung ni !!..aku kena wat jugak!...brp byk keje aku kena wat!...kess ni nak buli aku k!!..mmmmmmmmmmmmm...sedih aku!!..dah tak tahan dah!.
!!!!!!!.(bekerut-kerut muka nak tahan nagis,dah panas dah bawah mata ni!...)!!!....


weeeeeeeee..
kalau takda orang cari,padan muka!..ahahhahah

!

Tuesday 18 December 2012

Antara Sebab doa tak dimakbulkan



Kenapa Banyak hamba Allah doanya ditolak dan tidak dimakbulkan?????, Apa penyebabnya????, Kenapa perkara ini terjadi???



1. Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.


2. Engkau membaca kitab Allah, tetapi tidak mengamalkan isinya.

3. Engkau mengaku memusuhi Iblis, tetapi suka mengikuti jejaknya.

4. Engkau mengaku mencintai Rasulullah, tetapi suka meninggalkan sunnahnya.

5. Engkau ingin masuk surga, tetapi tidak pernah melakukan pebuatan yang membawa ke situ.

6. Engkau tidak mau ke neraka, tetapi selalu berbuat pekerjaan yang mengarah ke sana.

7. Engkau mengaku bahwa kematian itu hak, tetapi tidak pernah bersiap menghadapinya.

8. Engkau selalu asyik meneliti aib orang lain, tetapi melupakan aib sendiri.

9. Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak pernah mensyukuri-Nya.

10. Engkau sering mengantar jenazah ke kubur, tetapi tidak pernah menyadari bahwa engkau pun akan mengalami hal itu.



Syekh Ibrahim bin Adham seorang sufi termasyhu #

Sunday 16 December 2012

hati-hati dengan jari!..awas!!


 janganlah kita suka menuding jari kepada orang lain, kerana sifat menuding jari kepada orang lain ini tidak mendatangkan manfaat untuk diri kita ataupun orang lainPerlu ingat,jika satu jari kita kearah orang lain,empat lagi jari kita menunjukkan ke arah kita.."renung-renungkan"

Sikap ini sebenarnya mencerminkan diri kita sendiri, kita umpama menuding jari kepada diri sendiri. Pernahkah korang terfikir apakah tindakan kita? Dengan hanya menunding kepada sesuatu permasalahan, masalah itu akan selesai jika tiada tindakan dari kita, dengan menyalahkan seseorang, masalah juga tidak akan selesai. Yang pentingnya ialah tindakan kita, itu yang pasti.
Wallahu 'alam

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:

"Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Daripada hadis diatas Imam Nawawi menerangkan bahawa ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Daripada hadis ini serta penerangan hadis tadi, jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kita tidak digalakkan bersikap suka menyalahkan orang lain tambahan lagi dengan adanya rasa bangga pada diri kita sendiri. Mungkin ada dikalangan kita yang berasa bangga apabila menuding kepada pekara-perkara yang tidak pernah kita lakukan. Maka mari kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri, dia atau kita sebenarnya bermasalah. Mungkin dia bermasalah dari segi luaran sahaja tetapi kita bermasalah dari segi dalaman. Siapa yang lebih besar masalahnya?

Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Wallahu 'alam


# Dari sumber .D.M #

Saturday 15 December 2012

Menyedihkan + kalau orang dah tak sudi

Beberapa hari lepas aku dikejutkan  dengan berita yang agak menyedihkan..

Suami akak kat tempat kerja aku,dikhabarkan kesihatan yang tak stabil dan doc mengesahkan jangka hayat hidup tak lama, Akak ni jenis periang!..Dalam keadaan macam tu pun dia boleh begurau dan tesenyum,itu apa kita nampak kat luaran  la,tapi dalam hati dia,sangat sedih. Bila dia cerita dekat aku keadaan suami dia,dia dah menagis teresak-esak.Dan aku bila dah orang menagis aku menagis lak jugak,sedih seh!....

Apa-apa pun semoga kak za dan sekeluarga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan....Dan ajal maut semua dah ditetapkan.
insyallah!..selagi masih mampu berusaha untuk melawan penyakit tu,insyallah!..

...................................................................................................................................................................
14-12-2012  (11.54pm)

Seseorang yang asalnya aku tak mengenali,tapi tiba-tiba add aku sebagai kawan  dia kat fb!..
Aku approve pun sebab mutual friends dia ada sorang kawan aku,dan bila tengok profile dia .oooo..satu tempat study kat politeknik dulu!..tengok pic,ooooooo..sama sekali tak kenal..hahhha...
so abaikan jelah,mungkin dia add nak tambah kwn jelah tu kot!..uhuhuhuhu..skung ni kan ad orang nak lumba2 siapa yang paling ramai friends list..hikhihkhihhk

Rupanya jangkaan aku menyimpang setelah beberapa minit dia chat aku!..
Dia tanya aku dulu kelas apa,pastu dia tanya kenal tak gurl nama tutttttttt!..oooooo..aku pun lurus bendul pun cakap,kenal lol,tapi tak la rapat sangat, sekadar kawan sekelas sahaja. Aku naik tension gak la, Tanya aku pasal gurl tu, Pastu aku nak sure aku tanya  dia,kenapa awk ni "boyfrriends" dia ke???, Rupanya mereka baru putus hubungan, Dan si gurl tu pulak yang buat hal dan gurl tu yang tiba-tiba memutuskan hubungan. Dan si jejaka kini, kecewa tahap gaban dan mengalami tekanan yang sangat tinggi!..huhhhhhhhh..kesian jugak!..Si jejaka ni skait hati sebab si gurl tu taknak jawab call dia dan taknak jumpa dia, Sebab si jejaka ni nak tau kenapa tiba-tiba buat keputusan macam tu,sedangkan kedua-dua belah pihak dah jumpa ibu bapa masing-masing, (aku fikir,kalau dah jumpa mak ayah ni,hubungan memang dah serius)..

Si jejaka ni merayu kat aku suruh aku pujuk gurl tu, Tapi aku bekeras taknak tolong, Aku rasa tak sesuai untuk aku nak melibatkan diri dalam kes macam ni, Nanti apa gurl tu cakap pulak,Kenapa aku masuk campur,dan nanti mesti dia fikir,macam mana aku leh tau cerita dia ni dan kenal si jejaka tu!..mmmmmmmmm!..Aku ada mintak pendapat orang lain,dan semua mengatakan jangan masuk campur hal orang!..aku pun okey!..aku tak masuk campur!..

Tetapi kesian aku tengok si jejaka tu,sebab setahu aku kat Fb si gurl tu pic "boyriends " dia gambar orang lain..Dan ,adakah si gurl ni memainkan perasaan si jejaka ini!.atau menpergunakan si jejaka ini,seperti dikata kan sendiri oleh si jejaka ini!..Amat mengejutkan ,bila si jejaka ini mengatakan bahawa si gurl nak kahwin pada bulan tettt tahun depan!..huhhhhhh...sabo jelah!...

Setahu aku semasa zaman study dulu,si gurl ni menag ada perangan (kotor) sikit!,kotor tu biarlah sebagai ayat cover!,sebab aku sendiri tak sure,sebab itu pun dengar dari mulut ke mulut!, takot nanti jadi fitnah pulak!...

Aishhhhhh,sampai skung si jejaka tu mintak tolong dengan aku ,Siap merayu lagi yang tak tahan tu!...

Macam mana cara ,nak suruh dia lupakan gutl tu,??,Sebab gurl tu dah ada pilihan lain dah pun dan memang sure dia nak kahwin tahun depan,sebab gurl tu pun ada bagi tau aku!...

Aku dah cuba nasihatkan si jejaka tu,Tapi sebaliknya aku yang kena marah,sebab dia kata ingat senang ke nak lupakan orang yang dia sayang!..huhhhhhhh!..aku diam jelah!..

Skung ni,aku wat bodo jew!..malas nak layan!..selesaikan lah prob tu dengan sendiri,tak kuasa aku nak masuk campur hal"rumah tangga " orang,sebab tangga aku sendiri tak siap-siap pembinaannya!..hahahahahha

Kalau dah sayang! nak buat macam mana kan!...



Tuesday 11 December 2012

jgn suka ungkap pekataan "maaf"

trust me!..trust me!..
Bodah, Takkan aku nak percaya ko lagi, Silap la ko, beribu kali ko mintak maaf,beribu kali ko merayu ngan aku,
memang aku tak kan maafkan ko!...

Cukup sekali sahaja aku ditipu,

dan

tiada untuk yang ke dua!..

~fullstop!..

Sunday 9 December 2012

bodohnya aku

Mintak maaf ye!..
Aku sendiri yang rasa bersalah,aku sendiri yang rasa kejam.
aku ingat dengan mendiamkan diri,aku rasa aku boleh !,tapi sebaliknya...aku akan sunyi dan sepi

Tapi aku tau teman,
ko skung bahagia,dan aku tau hidup ko serba serbi lengkap, tapi aku????,belum ada yang sempurna, Aku meletakkan diri aku tak setaraf dengan ko teman, Aku rasa seperti ko gajah dan aku semut, Tapi takpa,Aku redha aku pasrah dengan ketentuan ilahi...!..

Aku diam, Aku menyepi bukan kerana benci sama kamu,Tapi aku sendiri malu...
Tapi aku tau, Ko tak pernah tau,sebab aku tak bagi tau!..hiihihihi...

Kalo dulu,engkau tempat aku muntahkan segalanya,Tapi skung "Si Bintang" yang akan jadi mangsa aku!..
Sebab aku tau, kesibukkan yang ko alami dan tetttttt!...khihkhihkihkhi..

Apa-apa pun,aku doakan ko berjaya dan bahagia....muahhhh..buat kamu!...

Tapi untuk teman baik ku:
Si Bintang..

terima kasih , sebab ko setia bersama aku semalam,ko sudi menadah apa yang aku cakap,dan yang paling penting ko setia mendegar apa yang aku cakap semalam!...Muahhhh tuk ko gak,bintang!...




Thursday 6 December 2012

tolong berlajar susun bahasa tu

Bahasa yang ko sampaikan kat aku tu,aku rasa agak kurang ajar!...

nak bergurau boleh,memang la,kalau tak bergurau tu hidup akan sunyi,tapi agak-agak la,boleh tak fikir secara rasional sebelum nak mengeluarkan sesuatu perktaan tu!..

Aku pun suka gak gurau,tapi berpada-pada lah ,ini,perghhhh!....keluar darah dari  telinga aku berapi rasanya bila dgr ayat ko tu...

Senak kepala bila fikirkan pasal benda yang remeh ni,lagi bertambah dosa bila keluar perkataan (negetif).Walhal aku dah nak berubah,taknak add angin kus-kus!..Sebab angin macam tu tak baik untuk kesihatan aku dan orang sekeliling aku!,sebab tu aku nak belajar S.A.B.A.R!..tapi ada je yang nak uji kesabaran aku tu!,....

Belum pasti dan jangan cepat melatah

Apa semua ni!..

Ada dasas-desus yang mengatakan, penyanyi yang tekenal dengan lagu "cinta muka buku" tu.
~najwa latif~ dikatakan anak derhaka,kenyataan ini dikeluarkansendiri dari ayahnya sendiri.!(daripada sumber,aku sendiri belum pasti).

Aku sebagai peminat,dan orang luar tidak ambik pusing menda macam ini,itu hak peribadi,Semua orang ada masalah ,tak semua manusia itu akan sempurna,tak kira la, selebriti atau pun orang awam!.Semua orang pasti akan melakukan kesilapan.
Tidak gemar aku untuk ambik pusing kes-kes macam ini,takut salah tafsir dan akan menyakitkan hati orang lain, dan tidak menyokong atau  menyalahkan mana-mana pihak!..stop!..

Apa-apa pun,to: najwa latif,



















sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan,perjalanan anda masih jauh dan mungkin lebih besar lagi dugaan yang akan datang!..gud luck 4 u future  and  spm !..


Wednesday 5 December 2012

~kenapa dengan tarikh ni: 04122012

Hari ni aku kerja "half day" petang  baru masuk office.

Pagi tu aku ada hal,Aku pergi hospital untuk menyiapkan sesuatu perkara yang bagi aku sangat penting.aku gerak dari rumah kol 8am,hantar akak aku kerja dulu,pastu kol 8.30 am  aku sampai hospital. Masuk-masuk je aku tengok orang dah ramai,aku ingat aku yang awal sekali,rupanya ad lagi yang awal dari aku.hahahhah...
Aku pergi hospital dengan ditemani oleh adik aku, almaklumlah ,berurusan dengan pihak hospital ni memang makan masa yang agak lama, so kalau ada orang teman takda lah bosan sangat. Tapi masalah pekerja-pekerja kat sana  semua muka tension,tak penah nak senyum,tapi bukan semua la,sesetengah!..
Kenapa?????tension sangat ke melayan pesakit ni!..aishhhh...nurse-nurse/doc-doc sekalian,takdanya kitaorang ni nak pergi hospital kalau tak sakitt,so tak payah la nak wat muka,kalau anda melayan pesakit macam ni,bertambah la sakit yang kami alami,kalau yang ada darah tinggi,bertambah-tambah la tingginya,kalau mak cik yang dah tua tu,sememangnya masalah pendengaran mereka akan alami,so tak payah la nak sneyum-senyum  kalau panggil makcik tu tak jawab-jawab!...tak baik sangat sikap macam tu,bukan aku nak berlagak aku ni baik!..
aishhhh!..susah nak cakap,kalau cakap kang,kata kita ni macam-macam,so tonton jelah!..tapi jangan follow!
Usai semua ,perut aku bunyi lagu rock n roll!...(lapar) la pulak...

Ok ,adik aku nak makan kfc,aku menpertimbangkan,fikir-fikir!.aku setuju jelah,sambil balas budi,sebab sudi teman aku kan!..hiihihihih...
Kat KFC ni la aku jumpa hamba Allah yang cantik!..serius memang cantik tapi luaran sahaja!...Dalam hati tu aku rasa bau longkang kalah!..mmmmmmm..apa dia buat,korang nak tau???.mmmmmmm..takpalah,malas nak cerita!..menjatuhkan aib orang lak!...biar jelah beliau!...

Siap makan ,aku nak pergi TELEKOM pulak,yang ni lagi satu prob!,aishhhhhhh,nak suruh sangat aku pergi sana,pastu nak sangat dengar aku marah-marah!..yelah,aku nak buat  aduan kerosakan..telefon rumah aku,dah sebulan rosak!,langsung takda tindak balas,asyik kita call-call buat report tetap takda tindakan!.memang geram,Ayah aku suruh aku pergi telekom!.,petang tu aku balik kerja dah ok!..haa.,settle pun!..

~APA  motif aku cerita semua perkara yang aku buat hari ni???

Aku sendiri takda jawapan,.mmm..haa..siap taip dan publish jelah!...:)