teman

Saturday 18 June 2011

TAK ADA OTAK KE??? TAK ADA AKAL KE???



Nak tahu kenapa otak terletak di atas kepala? 
  • Otak itu mulia, maka diletakkan di tempat paling atas.
  • Otak berada pada posisi paling selamat.
  • Kedudukan sepasang mata untuk mengawasi keselamatannya.


Fakta yang anda perlu tentang otak@akal:
  • Otak sinonim dengan akal.
  • Otak itu hardware; Akal itu software.
  • Otak itu zahir; Akal itu batinnya.
  • Haiwan mempunyai otak tetapi tidak berakal.
  • Otak memerlukan banyak tenaga (400 kalori tenaga) untuk bekerja. Sumber tenaga didapati dari darah yang mengalir ke otak.
  • Otak memerlukan sumber makanan yang berzat seperti protein dan oksigen untuk menjadi bahan yang dibakar dan menghasilkan tenaga.                                      
  • Akal adalah anugerah Tuhan yang tertinggi kepada seseorang insan yang diciptakannya - lebih tinggi daripada nilai sebuah nyawa. Kalau diberikan nyawa tanpa dibekalkan akal, kita tidak ubah seperti seekor haiwan yang melata. 
  • Akal ialah nur yang dengannya dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang, kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang palsu.
  • Akal itu bertempat di hati kerana hati adalah lombong kepada kehidupan manusia dan ia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan).
  • Haiwan mempunyai otak tetapi tidak berakal.                              {Manusia ada otak tapi adakalanya tak tahu gunakan akal dengan bijak!! (geram siut!!!) ---ayat sendiri ni..}


Beza Otak Kanan dan Otak Kiri
Otak Kanan
Mengawal dan Menguasai Aktiviti Imaginasi dan Kreativiti
  • Mentafsir secara holistik (keseluruhan) dan serentak
  • Intuisi (mencari ilham)
  • Berfikir secara kreatif
  • Berkaitan Seni
  • Menggunakan imaginasi
  • Subjektif
  • Ritma (rentak atau intonasi)
  • Memahami tanpa lisan
  • Perasaan atau emosi
  • Berfikir menggunakan gambaran
  • Menghayati irama lagu
  • Visi
Otak Kiri
Mengawal dan Menguasai aktiviti logikal dan akademik
  • Mentafsir secara urutan satu persatu
  • Menganalisis secara terperinci
  • Berfikir secara linear (Pengelolaan)
  • Berkaitan Matematik
  • Menggunakan logik
  • Objektif
  • Bahasa
  • Memahami lisan
  • Fakta
  • Berfikir Menggunakan Perkataan
  • Mengingati Lirik Lagu
  • Rasional
(Petikan dari buku "Rahsia Minda Hebat" oleh Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Haji Muhammad Zakaria")
         

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Orang yang paling sempurna akalnya antara kamu ialah orang yang paling takut kepada ALLAH dan amat mengambil berat tentang perintah dan laranganNya"

No comments:

Post a Comment