teman

Thursday 16 June 2011

berlajar untuk melupakan..dgn kata2 ustaz..~tazkirah~

Assalamualaikum ustaz..

Terima kasih atas ceramah yang cukup mantap di Tamrin Asas Qiadi, Maahad Muhammadi Pasir pekan baru-baru ni..

Mesti ustaz pelik mendengar tajuk yang ana ajukan tu..Tapi, itulah hakikatnya. Ana sudah betunang semasa ana di tingkatan 3. tetapi, tunang ana kini berada di Yaman. kini ana di tingkatan 4.. Soalannya, bagaimana ana nak bawa perasaan ana ni supaya hal pertunangan ana itu tidak terbawa-bawa semasa ana belajar..??

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, saudari sudah bertunang awal. Muda2 lagi sudah dapat calon suami. Orang lain ada yang belum diberi rezeki oleh Allah. Ini adalah suatu rahmat dan tanda anugerah. Sebagai seorang muslimah, kepatuhan kepada keputusan keluarga itu sangatlah penting. Iaitu patuh dalam soal pertunangan dan pemilihan jodoh akan membawa kepada keberkatan hidup sepanjang hayat.

Dalam hal ini, ustaz melihat bahawa saudari mempunyai ibubapa yang prihatin soal rumahtangga. Kerana itu mereka memilih jodoh saudari awal2 lagi. Nabi SAW juga pernah bersabda “Antara tanda keberkatan seorang wanita itu adalah murah maskahwinnya, awal temui jodohnya, cepat mendapatkan anak”

Oleh itu, ustaz percaya ibubapa saudari adalah orang beragama. Kerana itu tunang saudari dipilih dikalangan orang yang belajar di Yaman.

Persoalan saudari ialah bagaimana untuk bawa perasaan supaya hal pertunangan ini tidak mengganggu pelajaran. Begitu?

Mudah sahaja.

Persiapkan diri untuk menjadi isteri solehah. Tumpukan perhatian kepada belajar dan menambahkan ilmu. Dalam masa yang sama, banyakkan beramal dengan meningkatkan amalan sunat. Perbanyakkan membaca al-Quran, banyakkan solat sunat sewaktu berada di rumah. Gandakan pembacaan tentang buku2 rumahtangga.

Kebiasaannya remaja menjadi terbuai dengan perasaan kerana :

1) Banyak menonton filem mungkar. Yang mengajak kepada couple dan zina.
2) Banyak mendengar lagu-lagu yang lagha dan lalai. Membuatkan perasaan khayal.
3) Banyak berkawan dengan rakan-rakan yang bercinta dengan lelaki ajnabi.

Oleh yang demikian, saudari kena elakkan menonton filem, mendengar lagu dan berkawan dengan orang yang tidak sesuai. Jika salah cara, jiwa akan meronta dan nafsu akan merajai diri kita. Akhirnya kita akan terbawa-bawa dengan suasana mungkar zaman sekarang.

Ingat, kita kena mujahadah melawan budaya maksiat sekarang. Semoga mendapat kebaikan. Insya allah.

Ustaz tidak memanjangkan respon kerana ustaz tahu saudari seorang yang banyak didedahkan dengan hukum-hakam. Jadi, ustaz percaya saudari memahami selebihnya.

5 comments: