teman

Sunday 3 July 2011

gossip!!..tomok dah kawin!

Dimulakan topik ary ni dgn lafaz Bismillah!!
ai ...Assalamualaikum..gossip ni..:), tp apa2 pun utk tomok..~taniah~...


KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2011: Akhirnya hubungan percintaan yang terjalin selama lapan tahun di antara Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, dengan Rahayu atau Siti Rahayu Abas, 32, bertukar menjadi ikatan yang sah, setelah mereka selamat diijabkabulkan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi, kira-kira jam 9.30 malam.
Malah dengan hanya sekali lafaz Rahayu yang juga pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu sah bergelar isteri kepada bekas vokalis kumpulan New Boyz.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli serta berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12,697.11. Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran balas.
Apa yang pasti, dalam majlis nikah yang bertemakan Bidadari itu pasangan ini kelihatan cukup berseri apabila mengenakan busana berwarna krim yang sedondon rekaan daripada Hatta Dolmat.
Majlis yang diadakan dalam suasana cukup meriah itu telah menerima kehadiran lebih kurang 200 tetamu termasuk keluarga, dan rakan media yang turut sama-sama hadir menyaksikan hari bersejarah pasangan merpati dua sejoli.
Pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan mereka iaitu iaitu di sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi di sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).


Diakhiri dgn Alhamdullilah ....
Assalamualaikum...night!

copy by: www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment