teman

Saturday 8 October 2011

perlu hargai!!

title:cinta rumput

pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada guru.
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: "ok, kamu ikut ape yg sy suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih rumput yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakng lagi walau sekali. dah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. cikgu bertanya.

CIKGU: "kenapa tiada rumput yg dipilih?"

PELAJAR: "tadi masa sy berjalan, sy carilah rumput yg PALING cantik. memang ade banyak yg cantik tp cikgu kata petik yg PALING cantik, maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, sy tak jumpa pun yg PALING cantik. mungkin ade di antara yg di belakang sy tadi rumput yg PALING cantik tp dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakng semula, jd tiadalah rumput yg sy boleh petik."

CIKGU: "ya itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseoarang yg kita sayang, janganlah kita mencari yg lebih baik dari itu. kita patut menghargai orang yg berada di depan kita sebaiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi. daningatlah orang yg PALING kita sayang itulah yg PALING cantik dan PALING baik. mahu pun nk ikutkan banyak lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi."

No comments:

Post a Comment