lama tak update blog...
tadi sibuk mengeledah wall kat "muka buku"-kata2 "najwa latif"..ihihih
tertarik dgn satu "statement" di by new hub..(kata-kata wardina-syukur saya lebih cantik dari J-LO)!!
ikuti semua disini!...hihiihih..---->
Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh
muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan
Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.
“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.
“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada
khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,”
katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) di sini
hari ini.
Selain itu, beliau turut menyarankan kepada para muslimah khususnya
golongan remaja agar memelihara kecantikan yang dikurniakan Allah kepada
mereka dengan menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum
syarak.
Wardina turut menasihati para pelajar Universiti Teknologi MARA
(UiTM) yang hadir di situ agar bijak berfikir dan beridea kritis untuk
membina kehidupan yang lebih bermakna.
“Di dalam Al-Quran, kita diminta oleh Allah supaya banyak berfikir
dan kita perlu punya pemikiran kritis untuk menjadikan hidup kita lebih
menarik dan bermakna,” katanya lagi
No comments:
Post a Comment