teman

Saturday 11 February 2012

usah gelisah jika doa tak dimakbulkan!!..

assalamualikum..

doa!...
tau tak kamu!..jangan sesekali memandang rendah kepada 3 huruf ni (D.O.A)
ada sesetengah mengambil remeh tentang doa!.seperti pepatah mengatakan 'seperti menangguk air yang keruh' ..
yelah, lepas selesai solat, terus beredar tanpa berdoa ,sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:

"Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah S.A.W. ditanya oleh seseorang: 'Apakah doa yang lebih di dengar lebih makbul dan mustajab?' Baginda bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."..
(perlu diamalkan..insyallah!)

salah satu faktor doa tak dimakbulkan adalah.sikap kita sendiri..yang tidak bersungguh- sungguh dalam berdoa!..tapi sikap manusia kan..pasti menyalahkan ALLAH S.W.T kerna doa tak dimakbulkan..











Tetapi, adakah kita tahu bila masanya dia akan mengkabulkan doa kita?

Adakah esok, lusa atau sepuluh  tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut.
Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?

Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi:

"Jika Allah S.W.T tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."

Menurut Hukama:

"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T, maksudnya:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)


apa-apa pun..aku sekadar share ngan korang!..dan sebagai peringatan untuk aku gak!!!..moga aku dapat pembetulkan lagi amalan (doa) aku!!

~insyaalah!!

No comments:

Post a Comment