teman

Thursday 17 May 2012

Bahayakah penyakit ini "Syphilis"

                                                                    Assalamualaikum

Kelakar, Kesian pun ada jugak...
Mempunyai penyakit yang agak menakutkan...penyakit yang dicari!!..

korang tau tak jenis penyakit ini.nama penyakit yang aku maksudkan ini ialah "penyakit syphilis"..mungkin ada diantara korang yang tau..tapi ada yang tak tau..penyakit ni agak sensitif sikit..bagi orang yang belum berkahwin..tapi bagi aku benda itu pengetahuan am...benda yang patut kita tau jugak...tak kisah la dah kahwin ke belum..ok..ok..
sebab aku pun baru tau hari ini...
Ada orang yang dapat penyakit ini..tapi perlu dirahsiakan !..rasanya tak perlu la namanya diletakkan..

Apa itu syphilis???

Syphilis sejenis penyakit kelamin. Penyakit ini serius dan boleh membunuh atau mengakibatkan pengidap-pengidapnya menjadi gila dan buta. Bagi kanak-kanak yang lahir dari ibu yang mempunyai penyakit ini, mereka akan mengalami kecacatan otak dan lain-lain kecacatan.

Terdapat 3 peringkat!!!!





Peringkat pertama, penyakit ini bermula dari persetubuhan dengan seseorang yang mengidap penyakit ini. Kuman-kuman siplis akan masuk ke dalam luka-luka kecil di kulit dan menyebabkan satu kebengkakan terjadi lebih kurang dua minggu selepas pendedahan awal. Bengkakan ini dikenali dengan nama "syphilitic chancre". Bagi lelaki "chacre" akan terjadi pada zakar atau skortum. Bengkakan ini tidak terasa sakit. Ia merupakan seperti butang merah lebih kurang berukuran bulatan 1 cm. Di dalam gelembung yang bengkak ini terdapat kuman-kuman siplis yang berjangkit.Bagi wanita pula "chancre" kerap terjadi di dalam faraj dan oleh itu sukar untuk dilihat. Tetapi bengkaka ini tetap ada dan akan merebak lebih banyak kuman-kuman siplis kepada sebarang zakar yang di masukkan ke dalam faraj tersebut. "Chancre" kelihatan akan hilang dengan sendirinya di dalam masa seminggu, tetapi kuman-kuman siplis akan terus berkembang baik di dalam badan dan menunggu untuk merosakkan bahagian-bahagian anggota tubuh badan di dalam peringkat kedua pertumbuhan penyakit ini.

Peringkat kedua, syphilisterjadi di dalam masa dua bulan. Kuman-kuman siplis menjalar ke seluruh tubuh badan ketika di peringkat ini. Pegidap-pengidapnya akan demam. Keseluruhan badan ditumbuhi bintik-bintik merah atau ruam, kelenjar-kelanjar limpa akan membesar, ulser mulut akan dipenuhi dengan kuman-kuman siplis.

Pada peringkat ketiga, syphilis akan terjadi pada dua hingga 20 tahun akan datang. Di mana sahaja kuman-kuman siplis akan menginap, ia mungkin akan memusnahkan bahagian-bahagian anggota badan. Ia mungkin terdapat pada otak, jantung, saluran darah atau mana-mana tulang. Kerosakkan yang dialami sungguh dasyat dan tidak dapat dirawat dan diubati lagi bila sampai ke peringkat ini.

Cara pencegahan!!!

Cara yang paling baik untuk mencegah dan mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhkan diri atau mengelakkan terus melakukan hubungan seks dengan pengidap-pengidap penyakit ini. Mereka yang kerap mengadakan hubungan seks dengan berbagai-bagai pasangan kemungkinan akan mudah dijangkiti kuman VD dari mereka yang melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tatap satu. Jika hubungan seks mempunyai risiko yang tinggi, maka hendaklah si lelaki menggunakan kondom. Ini mungkin akan mengurangkan risiko tersebut. Antibiotik tidak memberi kesan bagi mengawal atau mencegah jangkitan kuman penyakit kelamin.

Boleh diubati???

Setiap jangkitan yang tertentu hendaklah terlebih dahulu ditentukan jenis-jenis penyakit dan tanda-tandanya dengan betul (diagnose). Rawatan yang sesuai akan diberikan oleh doktor setelah penyakit ini ditentukan. Anda tidak perlu merasa malu untuk mendapatkan nasihat dari doktor. Dengan merawat sendiri penyakit ini mungkin tidak memberi kesan. Anda cuma berjaya menyorokkan penyakit ini tetapi tidak dapat menghapuskannya secara berkesan.













2 comments:

  1. err~ siplis? bukan sifilis ke? huhu

    ReplyDelete
  2. ooooo..yeke??..
    kan saya ckp saya baru tau penyakit ini...
    hiihihihih...
    tq sb bagi tau..:)

    ReplyDelete